Utusan Borneo (Sabah)

Pekadin syor Sabah ikut Sarawak guna Bahasa Inggeris ajar Matematik, Sains

-

KOTA KINABALU: Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandus­un Murut Sabah (Pekadin) mengesyork­an agar kerajaan Sabah mengikut jejak langkah Sarawak menggunaka­n bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi pengajaran dan pembelajar­an subjek Matematik dan Sains.

Naib Presiden Pekadin Simon Malubi (gambar) berkata langkah itu penting bagi memperkasa pembanguna­n sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju, sekali gus dapat bersaing dalam era globalisas­i.

Beliau berkata tidak dinafikan sains dan matematik merupakan bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembanguna­n sesebuah negara.

Selain itu, katanya bahasa Inggeris merupakan bahasa hubungan antarabang­sa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang itu.

“Apa yang jelas ialah maklumat mengenai inovasi dan penemuan baharu bidang matematik dan sains banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.

“Oleh itu, Pekadin berpendapa­t adalah wajar kerajaan Sabah menimbang untuk menggunaka­n bahasa Inggeris dalam mata pelajaran matematik dan sains demi kebaikan semua,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Simon menyifatka­n keputusan kerajaan Sarawak menggunaka­n bahasa Inggeris dalam dua mata pelajaran itu sebagai tepat pada masanya dan wajar disokong oleh rakyat termasuk di Sabah selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963.

Pada 5 Mei lepas, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Sarawak Datuk Seri Michael Manyin Jawong berkata Sarawak akan melaksanak­an penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi pengajaran dan pembelajar­an mata pelajaran Matematik dan Sains mulai 1 Januari tahun depan.

Michael berkata usaha itu akan dimulakan dengan darjah satu, sebelum beralih ke sekolah menengah.

Simon yakin pimpinan kerajaan Sabah yang berpandang­an jauh, terutama Kementeria­n Pelajaran Dan Inovasi,akanmelaku­kansesuatu ke arah merealisas­ikan reformasi dalam bidang pendidikan di negeri ini.-Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia