Utusan Borneo (Sabah)

123 warga China dipercayai operator judi ditahan

-

JOHOR BAHRU: Polis menahan 123 warga China dipercayai bekerja sebagai operator perjudian dalam talian menerusi serbuan di sebuah premis di Jalan Tebrau, di sini malam Rabu.

Pegawai Turus Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor DSP Mohd Zairi Badderul berkata kesemua 109 lelaki dan 14 wanita berumur antara 16 dan 47 tahun itu ditahan dalam serbuan bermula 10 malam hingga 2 pagi.

Beliau berkata premis di tingkat 18 itu dipercayai berfungsis­ebagaisebu­ahpejabat pusat panggilan yang mana kesemua 123 lelaki dan wanita terbabit dipercayai mencari kenalan masyarakat di China bagi tujuan mempromosi­kan perjudian mereka melalui beberapa laman web seperti d.kingdou.cn dan www.pcdd. inwww28t.com.

“Hasil serbuan, polis berjaya merampas barang kes yang dipercayai berkait dalam aktiviti judi dalam talian berkenaan merangkumi 118 komputer riba, 287 telefon bimbit pelbagai jenama, 77 buku catatan serta dua wifi,” katanya menerusi kenyataan di sini, Khamis.

Mohd Zairi berkata siasatan awal mempercaya­i kegiatan berkenaan sudah dijalankan sejak sebulan lepas dan premis berkenaan beroperasi dengan tiga syif berterusan 24 jam.

Beliau berkata kesemua mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (2) g Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukak­an sebarang dokumen perjalanan diri yang sah.

Katanya polis Johor akan terus membuat pemantauan, serbuan dan pemeriksaa­n secara berterusan bagi tujuan membantera­sdanmemben­dung segala gejala yang tidak sihat yang boleh menggugat ketenteram­an awam di negeri ini. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia