Utusan Borneo (Sabah)

PPOC sumbang duit raya kepada anak yatim

-

KOTA KINABALU: Keberkatan Ramadan bukan sahaja mengajak umat Islam melipat gandakan amal ibadah, malahtidak­terkecuali­memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Begitu juga Proton Persona Owners Club (PPOC) Sabah, yang tidak ketinggala­n dalam memberi sumbangan duit raya kepada 12 anak yatim Pusat Pendidikan Islam An-Nur (PPIAN), di sini pada Rabu.

Selain itu, turut dilakukan kuliah Nuzul Al-Quran, zikir dan selawat, majlis berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di Surau Riyadhus Solihin.

Presiden PPOC Mohd Fizal Julpain berkata, program penyerahan sumbangan dan majlis berbuka puasa bersama anak yatim adalah program amal tahunan PPOC Sabah.

“Kami jadikan ia progran amal tahunan kerana tidak mahu masyarakat memandang kelab permotoran seperti PPOC Sabah ini adalah kelab yang mewujudkan budaya atau aktiviti tidak berfaedah seperti budaya lepak, lumba haram dan sebagainya.

“Kami mahu buktikan bahawa PPOC Sabah sudah banyak membabitka­n diri denganprog­ram-programama­l seperti berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan memberi sumbangan duit raya, alat tulis dan keperluan harian untuk meringanka­n beban mereka sempena bulan Ramadan,” katanya ketika ditemui di program berkenaan.

Hadir sama, Pengerusi Ahli Lembaga Eksekutif PPIAN Rahimin Mustafa.

Sementara itu, Setiausaha PPOC Sabah Norhaisha Jais berkata, pihaknya juga tidak ketinggala­n dalam memberi sumbangan kepada rumah kebajikan dan mangsa kebakaran sebelum ini.

“Meskipun ahli tidak begitu ramai tetapi kami berusaha kumpul dana untuk menjayakan program amal ini.

“Terima kasih kepada ahli kelab di daerah ini, Beaufort, Kota Belud, Kudat, Ranau, Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Tenom dan Tamparuli yang memberi kerjasama baik dalam menjayakan setiap program yang diadakan,” katanya.

 ??  ?? MOHD Fizal (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kuih raya kepada Rahimin dalam program berkenaan.
MOHD Fizal (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kuih raya kepada Rahimin dalam program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia