Utusan Borneo (Sabah)

Surau Al Amin Putera Perdana anjur Program Infaq Ramadan

- Oleh ABD NADDIN HAJI SHAIDDIN

SETIAP kali tibanya Ramadan, Ahli Jawatankua­sa Surau Al-Amin Taman Putera Perdana, Telipok, Kota Kinabalu mengadakan program untuk menyantuni golongan yang kurang berkemampu­an seperti warga emas, ibu tunggal, anak yatim, mualaf dan lain-lain.

Tahun ini, sebanyak 158 bungkusan sumbangan berupa keperluan asas harian dapur seperti beras, gula, tepung, minyak, milo dan teh diagih-agihkan kepada golongan asnaf di sekitar kawasan Sepanggar.

“Barangan keperluan asas ini adalah hasil sumbangan jemaah surau Al-Amin,” kata Ustaz Mohd Shukri Md Salleh, salah seorang penggerak program Infak Ramadan Surau Al-Amin 2019.

Program itu diadakan setiap tahun sempena bulan Ramadan.

Menurutnya, tahun ini, sumbangan keperluan harian itu diagihkan kepada golongan asnaf di Kampung Lentuong, Kampung Labou, Kampung Lapasan, Kampung Numbak dan Taman Putera Jaya, semuanya di kawasan Sepanggar.

Penyerahan agihan itu disempurna­kan oleh Pengerusi Surau Al Amin Haji Syarifudin Lesyling dan ahli jawatankua­sa surau yang lain.

“Kita berharap sumbangan yang diberikan itu dapat membantu serba sedikit dan meringanka­n beban mereka menyambut Ramadan,” kata Mohd Shukri.

Program Infaq Ramadan Surau Al Amin 2019 ini juga menerima sambutan yang baik daripada ahli kariah dan jemaah Surau Al-Amin.

Melalui program itu, AJK surau mengenal pasti penerima dari golongan asnaf untuk memastikan sumbangan yang diberikan itu sampai tepat ke golongan sasar.

Sumbangan barangan keperluan harian itu sudah pasti amat berharga dan bermakna bagi mereka yang menerimany­a, apatah lagi ia dilaksanak­an pada bulan mulia ketika umat Islam menjalanka­n ibadah puasa di bulan Ramadan.

Salah satu amalan yang diianjurka­n dan digalakkan kepada umat Islam adalah amalan bersedekah, memberikan sumbangan derma kepada golongan yang memerlukan.

Program Infaq Ramadan Surau Al Amin diharap dapat dilaksanak­an setiap tahun hasil sokongan dan sumbangan jemaah surau yang prihatin terhadap kebajikan sesama insan.

 ??  ?? BARANGAN keperluan harian diagihkan kepada golongan asnaf.
BARANGAN keperluan harian diagihkan kepada golongan asnaf.
 ??  ?? AJK Surau Al Amin menyampaik­an sumbangan kepada wakil penerima.
AJK Surau Al Amin menyampaik­an sumbangan kepada wakil penerima.
 ??  ?? AJK Surau Al Amin santuni golongan asnaf di kawasan Sepanggar.
AJK Surau Al Amin santuni golongan asnaf di kawasan Sepanggar.
 ??  ?? SYARIFUDIN menyampaik­an sumbangan kepada golongan asnaf di Kampung Numbak.
SYARIFUDIN menyampaik­an sumbangan kepada golongan asnaf di Kampung Numbak.
 ??  ?? PENERIMA sumbangan bergambar dengan AJK Surau Al Amin Taman Putera Perdana.
PENERIMA sumbangan bergambar dengan AJK Surau Al Amin Taman Putera Perdana.
 ??  ?? MAJLIS sumbangan agihan Infaq Ramadan yang diadakan di Surau Al Amin.
MAJLIS sumbangan agihan Infaq Ramadan yang diadakan di Surau Al Amin.
 ??  ?? AJK Surau Al Amin mengunjung­i golongan asnaf di kawasan Sepanggar.
AJK Surau Al Amin mengunjung­i golongan asnaf di kawasan Sepanggar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia