Utusan Borneo (Sabah)

Nasi kerabu ori Kelantan

Nasi kerabu ori Kelantan Menu istimewa di Bazar Ramadan Giant

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

BAZAR Ramadan Giant yang terletak di Batu 6 di Sandakan adalah antara lokasi pilihan orang ramai yang ingin mendapatka­n pelbagai juadah untuk berbuka puasa.

Terletak di perkaranga­n letak kereta yang luas, bazar itu sering kali menjadi persinggah­an orang ramai selepas selesai membeli-belah di pasaraya berhampira­n.

Bazar itu menjadi lubuk rezeki bagi Suharman Salim, 40, bersama isterinya Mimie Nur Iman yang berniaga nasi kerabu ori kelantan sejak tiga tahun lalu.

“Kami sebenarnya sudah enam tahun berniaga di bazar masa bulan puasa, tetapi tiga tahun pertama di lokasi lain. Di Bazar Ramadan Giant, ini tahun ketiga.

“Lokasi di sini yang luas, mempunyai kemudahan letak kereta yang banyak selain berhampira­n jalan utama serta pasaraya Giant membuatkan bazar ini memang antara tumpuan orang ramai.

“Selain itu, kanopi di bazar ini tidak perlu dipasang dan dikemas semula setiap hari berbanding bazar lain. Ini antara kelebihan utama yang membuatkan kami selesa berniaga di bazar ini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai nasi kerabu, Suharman berkata menu berasal dari Kelantan itu sememangny­a antara yang dicari-cari oleh orang ramai berikutan ia agak sukar ditemukan pada bulan-bulan biasa.

Walaupun berasal dari Johor, namun nasi kerabu ori kelantan hasil air tangannya sentiasa mendapat permintaan berikutan resepi menu itu adalah hasil perkongsia­n daripada bapa saudaranya di Kelantan.

“Setiap tahun, ada empat jenis nasi kerabu dijual iaitu yang berlaukkan ayam goreng berempah, ketam goreng tepung, ikan goreng tepung dan ayam percik yang dijual dari RM6 hingga RM8.

“Setiap hari, dianggarka­n lebih 100 bungkus nasi kerabu dijual dan para pelanggan adalah pelbagai, bukan sahaja orang Kelantan tetapi orang tempatan Sabah pun ramai yang suka makan nasi kerabu,” jelasnya.

Selain berniaga di bazar, Suharman bersama isterinya turut mengambil tempahan katering sepanjang bulan Ramadan ini.

Sementara pada bulanbulan biasa, beliau menguruska­n kantin di salah sebuah sekolah menengah di Sandakan.

“Ketika ini, saya lebih selesa bekerja di dapur, manakala aktiviti promosi dan bekerjasam­a dengan pelanggan bagi katering atau sebarang tempahan akan diuruskan oleh isteri,” jelasnya yang meminati bisnes berasaskan makanan sejak dari dahulu lagi.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? GERAI nasi kerabu ori kelantan yang diusahakan oleh Suharman dan isteri.
GERAI nasi kerabu ori kelantan yang diusahakan oleh Suharman dan isteri.
 ??  ?? GERAI menjual fishball atau lebih dikenali sebagai pantolan.
GERAI menjual fishball atau lebih dikenali sebagai pantolan.
 ??  ?? ORANG ramai yang singgah membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan.
ORANG ramai yang singgah membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan.
 ??  ?? AIR balang yang sentiasa menarik perhatian pelanggan.
AIR balang yang sentiasa menarik perhatian pelanggan.
 ??  ?? GERAI menjual ayam golek.
GERAI menjual ayam golek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia