Utusan Borneo (Sabah)

Dua pasaraya dikompaun

41 jenis produk makanan disita dalam Ops Khas Perayaan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Dua pasaraya di sini telah dikompaun manakala 41 jenis produk makanan pelbagai jenama telah disita menerusi Operasi Khas Perayaan sempena musim perayaan.

Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan Dr Johari Awang Besar berkata, pasaraya yang dikompaun adalah melibatkan beberapa kesalahan seperti penemuan 22 jenis produk makanan yang telah tamat tempoh, lima jenis barangan dengan bungkusan kemik serta dua jenis produk makanan yang tidak mematuhi aspek keperluan pelabelan.

Katanya, dua notis tawaran kompaun itu mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 1983 kerana dikesan melanggar Peraturan 14(9)(b) dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dengan nilai kompaun RM3,500 bagi setiap kesalahan.

“Sementara, 41 jenis produk makanan pelbagai jenama yang disita melibatkan nilai sitaan sebanyak RM1,294.23,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Operasi khas sempena musim perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Raya Aidilfitri itu berlangsun­g selama dua hari dengan pemeriksaa­n dilakukan di 18 pasaraya sekitar sini.

Dr Johari berkata operasi itu dijayakan seramai 30 pegawai terdiri penolong pegawai persekitar­an, pegawai penguatkua­sa pihak berkuasa tempatan serta pegawai penguatkua­sa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Antara objektif operasi adalah untuk menentukan status makanan yang dijual berada dalam keadaan baik dan selamat untuk dibeli pengguna.

Sehubungan itu, beliau menasihatk­an orang ramai agar bijak memilih makanan yang dijual bagi mengelak berlakunya kejadian penyakit berpunca daripada pengambila­n makanan seperti kes keracunan makanan, kanser dan sebagainya.

“Sementara, 41 jenis produk makanan pelbagai jenama yang disita melibatkan nilai sitaan sebanyak ” RM1,294.23. DR JOHARI AWANG BESAR Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan

 ??  ?? PEMERIKSAA­N pelbagai jenis produk makanan menerusi Ops Khas Perayaan.
PEMERIKSAA­N pelbagai jenis produk makanan menerusi Ops Khas Perayaan.
 ??  ?? DR JOHARI (kiri) melakukan pemeriksaa­n barangan di salah sebuah pasaraya.
DR JOHARI (kiri) melakukan pemeriksaa­n barangan di salah sebuah pasaraya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia