Utusan Borneo (Sabah)

LAFA mahu lahirkan lebih ramai pemain berpotensi

-

LABUAN: Persatuan Bola Sepak Labuan (Lafa) bertekad mengembali­kan kegemilang­an sukan bola sepak Labuan seperti yang berlaku pada awal tahun 1980-an sehingga berjaya menjulang nama Labuan di persada sukan bola sepak di rantau Borneo dan juga negara.

Presiden Lafa yang baharu Sophian Said berkata, Labuan sebelum ini bukan sahaja menyinar dalam sukan bola sepak di peringkat Borneo dan kebangsaan tetapi juga dianggap sebagai pengeluar pemain bola sepak yang berkualiti pada ketika itu.

“Pada era tahun 1980an pemain bola sepak dari Labuan adalah antara pemain yang paling ramai dipilih untuk menyarung jersi negeri Sabah sehingga mampu membantu Sabah menjulang Piala Malaysia satu ketika dahulu.

“Malah di peringkat kebangsaan nama Labuan terus menjadi sebutan apabila pemain tempatan dari Labuan iaitu Datuk Hassan Sani dipilih mewakili pasukan Malaysia ke pelbagai kejohanan termasuk Pra Olimpik Moscow,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Iftar Lafa bersama Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli di kediaman wakil rakyat itu di Jalan Tanjung Bendera, baru-baru ini.

Sophian berkata, kegemilang­an Hassan Sani bukan sahaja setakat mewakili negara, malah turut mendapat jolokan ‘lipas kudung’ bola sepak negara kerana kelincahan­nya beraksi di atas padang.

Beliau yang juga bekas pemain bawah 23 tahun pasukan Sabah berkata, Lafa kini sedang menjalinka­n kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Labuan bagi membangunk­an sukan bola sepak bermula di peringkat sekolah.

“Lafa akan menganjurk­an program pencarian bakatbakat baharu termasuk menganjurk­an kejohanann bola sepak di peringkat sekolah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Labuan sebagai usaha melahirkan lebih ramai pemain bola sepak yang berpotensi untuk diketengah­kan pada masa akan datang,” katanya.

Labuan kini mempunyai seorang lagi pemain yang mengekori kehebatan Datuk Hassan Sani iaitu Ahmad Hazwan Bakri yang kini bermain untuk pasukan JDT dan skuad kebangsaan.

Pada majlis itu, Sophian turut mengumumka­n Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli sebagai Penaung LAFA yang baharu bagi sesi 2019-2021.

 ??  ?? SOPHIAN (empat dari kiri), Rozman (lima dari kiri) bersama Ahli-ahli Jawatankua­sa Lafa bergambar kenangan pada Majlis Berbuka Puasa di kediaman Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, baru-baru ini.
SOPHIAN (empat dari kiri), Rozman (lima dari kiri) bersama Ahli-ahli Jawatankua­sa Lafa bergambar kenangan pada Majlis Berbuka Puasa di kediaman Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia