Utusan Borneo (Sabah)

TMJ dedah sebab lepas jawatan Presiden FAM

-

KUALA LUMPUR: Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL)TunkuIsmai­l Sultan Ibrahim (gambar) mendedahka­n tindakanny­a melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) adalah demi kelangsung­an dan meningkatk­an mutu bola sepak negara.

Tunku Ismail dalam kenyataan MFL pada Khamis menjelaska­n keputusan tersebut diambil selepas pelbagai pihak termasuk penaja serta rakan kongsi Liga Malaysia (Liga-M) menggesa baginda untuk turut sama menjawat jawatan pengerusi MFL.

Menurut Tunku Ismail, keputusan meninggalk­an kerusi panas itu selepas hanya 365 hari bukan satu perkara yang mudah, namun ia terpaksa diambil untuk memberikan komitmen dan fokus sepenuhnya kepada satu-satu perkara.

“Semasa saya menjadi Presiden FAM, matlamat dan agenda saya hanya satu iaitu mencipta dan menstruktu­r semula sistem supaya peranan FAM adalah untuk menjaga pasukan kebangsaan, jawatankua­sa tatatertib, jawatankua­sa status disiplin dan sebagainya untuk lebih kepada formal di mana bukan fokus khusus kepada liga.

“Jika lihat negara yang berjaya, badan induk mereka ada peranan tersendiri tetapi yang menguruska­n liga adalah badan bebas. Jadi selepas membuat perancanga­n mewujudkan MFL, ramai yang inginkan saya berada di MFL tetapi saya tidak boleh memegang dua jawatan dalam satu masa,” titah baginda.

Tunku Ismail mendakwa baginda meninggalk­an pucuk kepimpinan badan induk itu dalam posisi terbaik dan membelanja­kan wang sendiri sebanyak RM12 juta dalam tahun pertamanya di FAM selain turut bantu menjelaska­n saman terhadap FAM berjumlah RM1.4 juta.

“Saya telah selesaikan semua hutang FAM dan saya tidak tinggalkan FAM tanpa berbuat apa-apa. Saya tinggalkan FAM kerana ada peranan dan misi lebih besar di MFL. Jadi apa yang telah saya buat untuk FAM adalah lebih kepada sistem penstruktu­ran dan menjelaska­n hutang-hutang FAM.

“Saya telah berbelanja RM12 juta dalam tahun pertama di mana ketika itu FAM tiada duit. Dalam masa sama saya juga selesaikan kes di mana FAM akan disaman Euro1.4 juta (RM6.5 juta) dan akhirnya dapat dikurangka­n kepada Euro300,000 (RM1.4 juta) di mana saya gunakan duit saya dahulu kerana FAM tiada bajet,” titah baginda.

Tunku Ismail yang juga Tengku Mahkota Johor (TMJ)dipilihseb­agaiPresid­en FAM pada 25 Mac 2017 dan melepaskan jawatannya itu pada 25 Mac 2018.

Pada masa sama, Tunku Ismail menjelaska­n pihak MFL sedang berusaha keras untuk membawa penaja dari luar negara untuk datang melabur di dalam kancah bola sepak tempatan.

“InsyaAllah kita akan ada syarikat daripada luar negara dan saya tak boleh sebut nama syarikat tersebut kerana kita perlu mendapat pengesahan dahulu dan keyakinan daripada mereka untuk menaja bola sepak tanah air kita,” titah baginda. - Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia