Utusan Borneo (Sabah)

Masjid Al-Munawwar sentiasa berusaha tingkat syiar Islam

-

KIRA-KIRA 100 orang menghadiri Majlis Khatam al-Quran dan Program Membudayak­an Al-Quran Peringkat Masjid AlMunawwar, Kampung Pohon Batu pada Rabu.

Majlis yang bermula selepas solat Tarawih itu dimeriahka­n dengan kehadiran Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (Jawi) Labuan Ustaz Sabarudin Hassan.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Masjid Haji Tassim Amin, Setiausaha Masri Ayong, Imam 1 Ustaz Abd Rahman Muha dan Imam 2 Saparudin Kamis.

Pengerusi Masjid Haryadi Omar berkata pada setiap malam seramai 35 peserta yang terdiri daripada 18 lelaki dan 17 perempuan membaca ayat-ayat suci alQuran selepas menunaikan solat Tarawih.

Katanya, program itu yang diketuai Saparudin disertai pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan warga emas.

“Alhamdulil­lah, Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan pada kali ini berjalan dengan lancar.

“Terima kasih kepada semua peserta dan jemaah yang menghadiri Majlis Khatam Al-Quran itu,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu.

Majlis tadarus, khatam alQuran dan tahlil kemudian dipimpin oleh Abd Rahman.

Terdahulu, jemaah dan AJK masjid mengadakan majlis berbuka puasa di pekarangan masjid sebelum menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah.

Sementara itu, Haryadi berkata pihaknya sentiasa berusaha meningkatk­an syiar Islam dan memberi tumpuan kepada pelbagai aktiviti membudayak­an al-Quran di peringkat Kampung Pohon Batu.

Katanya, usaha itu dibuat bagi memastikan umat Islam di semua peringkat celik al-Quran dan berupaya menghayati isi kandungan kitab suci berkenaan dalam kehidupan seharian.

Jelasnya, amalan membaca al-Quran dituntut dalam mengimarah­kan Ramadan, manakala khatam al-Quran dalam bulan itu adalah amalan sahabat, ulama dan solihin.

“Alangkah ruginya jika kita tidak membaca alQuran sepanjang bulan ini, apa lagi pada malam Nuzul al-Quran ini. Sebaik-baiknya marilah kita khatam kitab suci ini sekurang-kurangnya sekali bagi merebut ganjaran berlipat ganda yang dijanjikan Allah.

“Malah menerusi program itu, dapat mengeratka­n hubungan silaturahi­m dalam kalangan jemaah di Kampung Pohon Batu,” katanya.

Sementara itu, Haryadi berkata pada 25 Mei akan diadakan program sahur di rumah salah seorang penduduk kampung manakala pada 10 malam terakhir Tarawih akan diadakan Qiamullail.

Tambahnya, solat Tarawih pada tahun ini diimamkan secara bergilirgi­lir oleh imam jemputan dari Jawi Labuan dan Tahfiz Sri Merinding selain Abd Rahman dan Saparudin.

 ??  ?? SABARUDIN (lapan kiri) dan Haryadi (lapan kanan) bersama peserta Khatam Al-Quran lelaki di Masjid Al-Munawwar, malam Rabu.
SABARUDIN (lapan kiri) dan Haryadi (lapan kanan) bersama peserta Khatam Al-Quran lelaki di Masjid Al-Munawwar, malam Rabu.
 ??  ?? HARYADI (enam kanan) bersama peserta Khatam Al-Quran wanita. Turut kelihatan Tassim (tujuh kiri).
HARYADI (enam kanan) bersama peserta Khatam Al-Quran wanita. Turut kelihatan Tassim (tujuh kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia