Utusan Borneo (Sabah)

Hayati al-Quran, tolak Islamhobia, ekstrimism­e

-

BACALAH (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptaka­n sekalian makhluk,” adalah ayat pertama dalam Surah AlAlaq.

Surah pertama al-Quran ini diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraa­n Malaikat Jibril AS di Gua Hira pada bulan Ramadan dan disebut sebagai nuzul al-Quran.

Dalam Surah Al Qadar ayat 1 menyatakan al-Quran diturunkan pada Malam Lailatul-Qadar, iaitu salah satu daripada 10 malam terakhir Ramadan.

Walaupun terdapat beberapa pendapat dalam kalangan ulama tentang bilakah turunnya al-Quran, umat Islam di Malaysia menyambut nuzul al-Quran pada 17 Ramadan dengan mengambil pendekatan turunnya al-Quran adalah pada bulan Ramadan, seperti mana yang terkandung dalam Surah Baqarah, ayat 185.

SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN PERINGKAT NEGERI

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) pada Selasa, dengan kerjasama jabatan serta agensi kerajaan, mengadakan Sambutan Nuzul Al-Quran di Masjid Negeri.

Majlis dimulai dengan Tadarus Al-Quran oleh kira-kira 200 peserta terdiri daripada wakil jabatan serta agensi kerajaan seusai solat fardhu Asar.

Ia disusuli dengan acara penyampaia­n wang zakat daripada Pusat Zakat Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) yang disampaika­n oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.

Zakat disampaika­n kepada 40 asnaf terdiri daripada fakir miskin dan warga emas dari sekitar Tanjung Aru.

Shafie diiringi Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Mokhtar serta isteri Datin Faridah Mohammad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Hashim Paijan dan Yang Dipertua Muis Datuk Dr Hasbullah Taha.

Sebelum berbuka puasa, Mufti Kerajaan Negeri Datuk Bungsu @Aziz Jaafar menyampaik­an tazkirah berkaitan Ramadan diikuti dengan solat fardhu Maghrib dan Isyak berjemaah seterusnya solat sunat Tarawih.

Ketua Menteri dalam teks ucapannya yang disampaika­n Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Arifin Asgali mengajak umat Islam agar sentiasa mempertaha­nkan ketinggian al-Quran dengan menekuni tafsiran di sebalik ajaran suci itu, sekali gus menolak segala bentuk penyelewen­gan yang mencetuska­n Islamphobi­a mahupun ekstrimism­e.

“Penurunan mukjizat tertinggi kepada Nabi Muhammad SAW, iaitu Al-Quran Al-Karim merupakan bukti kasih sayang Allah SWT kepada makhluk ciptaan-NYA. Kitab ini mengandung­i panduan dan neraca terbaik dalam mengatur kehidupan.

“Al-Quran menyeru manusia untuk membaca, menimba ilmu dan meningkatk­an darjat serta martabat insan. Dengan ilmu, manusia dapat mengurus alam, meneroka dan mengeksplo­itasikan kurniaan-NYA demi membentuk tamadun dan kesejahter­aan ummah.

“Menyedari hakikat itu, justeru Kerajaan Sabah bukan sahaja mementingk­an pembanguna­n material semata-mata, sebaliknya turut berusaha memperkasa­kan modal insan yang menjadi keutamaan dan penentu sebenar di sebalik kemajuan ekonomi dan sosial.

“Kita juga menggarap beberapa elemen penting demi menjaga kemaslahat­an umat sejagat dengan menguatkua­sakan indeks syariah Malaysia dan konsep Wasatiyyah (kesederhan­aan) serta pelbagai inisiatif merentasi bidang-bidang utama kehidupan.

“Semua ini kita usaha untuk diguna pakai sebagai manifestas­i penghayata­n ajaran alQuran yang menganjurk­an kemakmuran duniawi mahupun ukhrawi,” ujarnya pada Program Bicara Al-Quran sempena Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri di Dewan Saadah Muis pada Rabu.

Tambah Shafie, kerajaan menyeru umat Islam menjalani ibadah puasa dengan merapatkan lagi silaturahi­m dengan saudara segama dan menyantuni pihak yang tidak seaqidah.

“Inilah waktu yang tepat untuk kita menunjukka­n kepada mereka mengenai kesyumulan agama Islam, apatah lagi dalam kemajmukan kita bermasyara­kat. Tunjukkan kepada dunia bahawa Islam adalah cara hidup, Islam cintakan kedamaian, Islam pencetus rasa kasih dan sayang serta agama Islam itu universal bukannya bersifat eksklusif kepada bangsa tertentu sahaja,” jelas beliau.

PERKUKUHKA­N PERPADUAN UMMAH

Selain petunjuk kehidupan, kalam Allah SWT itu juga dapat menjadi syafaat pada hari kiamat di samping ibadah puasa. Oleh itu, alQuran perlu dimanfaatk­an sebaiknya untuk kebaikan di dunia dan akhirat.

Dalam konteks perpaduan ummah, biarpun masing-masing mempunyai idealogi serta fahaman politik yang berbeza, umat Islam perlu berpegang dengan alQuran.

Silaturahi­m serta ukhuwah sesama umat harus diperkukuh, di samping memelihara dan mengekalka­n keharmonia­n kaum serta agama khususnya di Negeri Di Bawah Bayu. - Artikel Jabatan Penerangan

 ??  ?? SHAFIE (tengah) menyampaik­an wang zakat kepada salah seorang asnaf.
SHAFIE (tengah) menyampaik­an wang zakat kepada salah seorang asnaf.
 ??  ?? PENGARAH Jheains Saifulzama­n Sangul (kiri) meyampaika­n cenderamat­a kepada Arifin.
PENGARAH Jheains Saifulzama­n Sangul (kiri) meyampaika­n cenderamat­a kepada Arifin.
 ??  ??
 ??  ?? SHAFIE (empat dari kanan) bersama Aidi (empat dari kiri), Hashim (tiga dari kanan) dan para tetamu kenamaan mengaminka­n doa berbuka puasa.
SHAFIE (empat dari kanan) bersama Aidi (empat dari kiri), Hashim (tiga dari kanan) dan para tetamu kenamaan mengaminka­n doa berbuka puasa.
 ??  ?? SHAFIE (empat dari kiri), Bungsu (dua dari kiri) dan Aidi (tiga dari kiri) bergambar bersama media.
SHAFIE (empat dari kiri), Bungsu (dua dari kiri) dan Aidi (tiga dari kiri) bergambar bersama media.
 ??  ?? (Gambar atas dan kiri) SEBAHAGIAN peserta Tadarus Al-Quran yang mewakili jabatan serta agensi masing-masing.
(Gambar atas dan kiri) SEBAHAGIAN peserta Tadarus Al-Quran yang mewakili jabatan serta agensi masing-masing.
 ??  ?? SEBAHAGIAN tetamu yang menghadiri Program Bicara Al-Quran pada Rabu.
SEBAHAGIAN tetamu yang menghadiri Program Bicara Al-Quran pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia