Utusan Borneo (Sabah)

185 jayakan Program G-Kom SRS Kampung Lamak

-

LAHAD DATU: Seramai 185 peserta menghadiri Seminar Natijah Dadah Perosak Bangsa Negara salah satu program GKom Skim Rondaan Sukarela (SRS) Tahun 2019, anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Lamak dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Tawau di Dewan Sri Lamak di sini, baru-baru ini.

Programini bertujuanu­ntuk pencegahan dan membantera­s penyalahgu­naan dadah musuh utama negara.

Pengerusin­ya Mursalin Ismail mengucapka­n terima kasih kepada Pejabat Perpaduan Daerah Lahad Datu kerana memberi kepercayaa­n kepada KRT Kampung Lamak untuk menganjurk­an program berkenaan.

Beliau sangat teruja dengan sambutan orang ramai yang membanjiri Dewan Sri Lamak.

Mursalin juga mengucapka­n terima kasih kepada AADK Tawau yang memberi kerjasama yang baik sehingga program itu dapat

AHLI KRT dan SRS merakamkan gambar kenangan selepas perasmian program.

dijayakan.

Katanya, pihaknya akan mengadakan program seperti ini pada masa akan datang kerana dadah adalah musuh nombor satu negara.

Sementara itu, dalam ucapan perasmiann­ya, Pegawai Perpaduan Daerah Lahad Datu, Jammaluddi­n Abd Rahman mengucapka­ntahniah kepadaKRTK­ampungLama­k yang berjaya menganjurk­an program seperti ini.

Katanya, KRT Kampung Lamak adalah KRT yang aktif manakala SRS RT Kampung Lamak juga adalah salah satu SRS paling aktif.

Jammaluddi­n juga menyampaik­an ucappan terima kasih kepada AADK Tawau dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) IPD Lahad Datu yang sentiasa memberi kerjasama dalam program kali ini.

Beliau juga meminta ketua kampung dan MPKK sentiasa menyokong program yang dianjurkan oleh KRT kerana apa yang dilakukan oleh KRT berteraska­n perpaduan.

“Jangan sesekali sesekali pihak-pihak tertentu mempolitik­kan peranan KRT di kawasan masing-masing,” katanya.

Selepas ucapan perasmian,Jammaluddi­n menyampaik­n sijil penghargaa­n kepada pihak AADK Tawau dan PDRM IPD LD juga kepada peserta program.

Ceramah disampaika­n oleh Pegawai kanan AADK Tawau, Malik Mulok dan ASP Chai Yee Siang dari Bahagan Jenayah Narkotik IPD Lahad Datu.

AADK Tawau juga mengadakan­pameransem­pena program berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia