Utusan Borneo (Sabah)

KRT Taman Nikmat anjur pelbagai program sempena Ramadan

-

KOTA BELUD: KRT Taman Nikmat meneruskan aktiviti untuk warga dengan mengadakan beberapa program sempena bulan Ramadan, antaranya Kem Solat Tunas Jiran bersama KAFA Al Kauthar Taman Nikmat, Kenduri menyambut bulan Ramadan dan kempen derma darah.

MenurutPen­gerusiKawa­san Rukun Tetangga (KRT) Taman Nikmat Mahamudin Bin Hj Mohd Onon, program program kali ini menyasarka­n penglibata­n kepada semua lapisan umur yang ada di dalam KRT Taman Nikmat.

“Kita mulakan dengan program Kem Solat Tunas Jiran yang dihadiri anak anak yang berumur 5 ke 6 tahun. Kita sedar dalam memberi kekuatan dalaman rohani dan jasmani seseorang kena dimulakan seawal usia,” katanya.

Mahamudin berkata, adalah penting tapak asas kanak kanak diperkuat dan dipelihara agar membesar dalam berjiwa rohani dan jasmani yang positif. Oleh itu, pendekatan melalui program sebegini dapat menerapkan nilai nilai positif kepada mereka.

Selain itu, kenduri menyambut Ramadan atau juga dikenali sebagai ‘Migang’ di sini adalah program tahunan bagi KRT Taman Nikmat.

Dalam menyambut bulan mulia ini, warga KRT Taman Nikmat yang beragama Islam sememangny­a akan berasa teruja.

Oleh itu, Migang dibuat untuk merapatkan lagi tali silaturahi­m sesama warga dan berpeluang memohon maaf sesama sendiri sebelum memasuki bulan mulia. Pengisian untuk program ini solat berjemaah, bacaan surah Yassin, tahlil dan tazkirah. Tajuk tazkirah adalah ‘Kedatangan Bulan Ramadhan Al Mubarak dan Persiapan Diri’ , pengisian ini dipimpin oleh Ustaz Afnan.

Salah satu aktiviti yang diadakan Program Menderma Darah yang juga program tahunan KRT Taman Nikmat.

Program ini sebenarnya bertujuan agar warga KRT Taman Nikmat dengan tidak mengira agama dan bangsa dapat memberi sumbangan darah kepada yang memerlukan.

“Kita sedar dari maklumat yang diperolehi, bekalan simpanan darah amat meruncing dan membimbang­kan. Oleh itu, sedikit sebanyak program ini menjadikan warga KRT Taman Nikmat dalam warga yang prihatin bukan sahaja di dalam komuniti malah ke seluruh daerah.

Sementara itu, bagi program Kem Solat Tunas Jiran,Penolong Pegawai Perpaduan Kota Belud Mohd Syazli Madsah dijemput merasmikan program itu.

Turut sama hadir Dr Nadirah Bt Mohamad (KKIA) Kota Belud, SJN Zainudin dari IPD Kota Belud, Ustaz Nurjahirah Bt Taip Penyelia Kafa Kota Belud, Ustazah Maimunah Owir Guru Besar Kafa Al Kauthar, Asran Bin Hj Suin Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat, Abel Mustapha Setiausaha KRT, AJK Tertinggi KRT Taman Nikmat, ibubapa peserta kem dan warga KRT Taman Nikmat.

 ??  ?? PESERTA kem solat bergambar kenangan bersama Pengerusi KRT Taman Nikmat, Mahamudin Haji Onon.
PESERTA kem solat bergambar kenangan bersama Pengerusi KRT Taman Nikmat, Mahamudin Haji Onon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia