Utusan Borneo (Sabah)

692 murid SKSB imarah Majlis Semarak Kasih Ramadan

-

SERAMAI 692 murid Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun (SKSB) mengimarah­kan Majlis Semarak Kasih Ramadan sempena penutupan Program Ihya’ Ramadan 2019 yang diadakan di Dewan Permata sekolah itu pada Selasa.

Majlis Semarak Kasih Ramadan adalah kemuncak kepada Program Ihya’ Ramadan yang merupakan acara tahunan di SKSB.

Majlis penutupan program anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab itu telah disempurna­kan oleh Guru Besar SKSB Dg Sarifah A Mahmod.

Turut hadir, Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmat­an Pendidikan (5P) Daerah, Cawangan Labuan yang diketuai oleh Datin Hajah Dayang Pungut Abdul Jalil, Naib Pengerusi Datuk Haji Abdul Rahman Haji Lamudin serta 20 ahli persatuan itu.

Haji Wan Abdul Rahim Wan Abd Rahman dan Hajah Haryani Isli dari Labuan Society, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKSB Wiwik Iswandari Sudirman serta ibu bapa penerima bantuan Semarak Kasih Ramadan hadir sama.

Menurut Dg Sarifah, Program Ihya’ Ramadan merupakan antara program besar dalam takwim sekolah yang bertujuan menjana dan menyelaras program pembanguna­n modal insan di sekolah.

“Pihak sekolah sentiasa menguar-uarkan aktiviti dan program di sekolah sama ada melalui media sosial seperti Facebook, Whatsapp mahu pun surat.

“Tujuannya ialah supaya masyarakat khususnya ibu bapa maklum dan ambil peduli aktiviti di sekolah serta peka terhadap kehadiran anak-anak setiap hari,” katanya.

Dalam majlis itu, seramai lapan anak yatim SKSB menerima sumbangan hamper dan duit raya daripada Persatuan 5P yang terdiri daripada bekas guru dan guru besar yang pernah berkhidmat di Labuan.

Sumbangan itu merupakan program tahunan persatuan 5P dengan slogan ‘Kami Sayang Kamu’.

Menurut Dg Pungut, warga 5P sentiasa peka terhadap keperluan dan turut merasai kesedihan anak-anak yang kehilangan orang tersayang menjelang Aidilfitri.

Sementara itu, seramai 20 orang menerima sumbangan hamper makanan asas daripada Labuan Society di bawah pimpinan Pengerusi Haji Wan Abdul Rahim dan Setiausaha Kehormat Hajah Haryani Isli.

Sumbangan turut disampaika­n kepada 75 asnaf dan anak yatim di sekolah itu berupa makanan asas yang disumbangk­an oleh ibu bapa prihatin, guru-guru, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) dan Penggerak Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) SKSB.

Penyerahan sumbangan cermin mata di bawah Program ‘Mataku Harapanku’ Yayasan Wilayah turut diadakan yang diterima lapan murid dan empat pekerja swasta di SKSB.

Program Mataku Harapanku menawarkan pemeriksaa­n mata secara percuma dan pemberian 3,000 cermin mata secara percuma untuk fasa pertama itu.

Majlis Khatam Al-Quran warga SKSB turut diadakan dalam majlis itu yang diketuai oleh Ustaz Mohd Rozman Umar sebagai khalifah khatam.

Ceramah Ahlan Ya Ramadan telah disampaika­n oleh Penolong Pengarah Bahagian Adab dan Dakwah, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan (JPWPL) Ustaz Shahrom Samlan, membuka tirai menyambut ketibaan Ramadan.

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada penerima bantuan makanan asas daripada Labuan Society yang telah disampaika­n oleh Abdul Rahim (berdiri, tengah).
SEBAHAGIAN daripada penerima bantuan makanan asas daripada Labuan Society yang telah disampaika­n oleh Abdul Rahim (berdiri, tengah).
 ??  ?? PELANCARAN Program Ihya’ Ramadan dan Tabung Infaq Ramadan 2019 disempurna­kan oleh Dg Sarifah (lapan dari kanan) diperhatik­an Sahrom (lima dari kiri), Wiwik Iswandari (tujuh dari kanan) dan barisan guru Pendidikan Islam.
PELANCARAN Program Ihya’ Ramadan dan Tabung Infaq Ramadan 2019 disempurna­kan oleh Dg Sarifah (lapan dari kanan) diperhatik­an Sahrom (lima dari kiri), Wiwik Iswandari (tujuh dari kanan) dan barisan guru Pendidikan Islam.
 ??  ?? AZIRUL gembira menerima sumbangan disampaika­n Wan Abdul Rahim.
AZIRUL gembira menerima sumbangan disampaika­n Wan Abdul Rahim.
 ??  ?? ANAK-anak yatim gembira menerima sumbangan berupa hamper dan duit raya yang disampaika­n oleh Persatuan 5P Cawangan Labuan.
ANAK-anak yatim gembira menerima sumbangan berupa hamper dan duit raya yang disampaika­n oleh Persatuan 5P Cawangan Labuan.
 ??  ?? DG SARIFAH menyampaik­an cenderamat­a kepada murid Khatam Al-Quran.
DG SARIFAH menyampaik­an cenderamat­a kepada murid Khatam Al-Quran.
 ??  ?? MOHD Aizam memperdeng­arkan bacaan al-Quran semasa Majlis Khatam Al-Quran.
MOHD Aizam memperdeng­arkan bacaan al-Quran semasa Majlis Khatam Al-Quran.
 ??  ?? DG SARIFAH (dua dari kanan) memasukkan sumbangan dalam tabung infaq Ramadan sambil diperhatik­an oleh Rina Farrina (kiri), Wiwik Iswandari (dua dari kiri) dan Kamariah (kanan).
DG SARIFAH (dua dari kanan) memasukkan sumbangan dalam tabung infaq Ramadan sambil diperhatik­an oleh Rina Farrina (kiri), Wiwik Iswandari (dua dari kiri) dan Kamariah (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia