Utusan Borneo (Sabah)

Tanda prihatin menghargai veteran

PVATM Kota Belud anjur Program Ziarah Veteran sempena Ramadan

-

PERSATUAN Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Kota Belud mengadakan program Ziarah Veteran sempena bulan Ramadan 1440H, dan mengagihka­n bantuan berbentuk barangan keperluan dapur kepada veteran yang terpilih di sekitar sini.

Ketuanya Hj Mohd Azim Abdullah berkata, pada tahun lepas pihaknya mengagihka­n bantuan serupa kepada sepuluh veteran dan balu veteran yang dilihat kurang berkemampu­an setelah melihat rekod mereka yang sedia ada di PVATM cawangan.

“PVATM cawangan begitu prihatin terhadap para veteran di daerah ini. Tahun ini kita mendapat sedikit bantuan dan sumbangan daripada ahli veteran cawangan Kota Belud sendiri dan orang perseorang­an yang turut beramal pada bulan mulia ini.

“Daripada sumbangan mereka, PVATM Kota Belud mengagihka­nnya kepada 24 orang veteran dan balu veteran. Kami akan terus berusaha membantu golongan seperti itu dan kami juga berharap

agar lebih ramai dermawan yang tampil dan turut serta meringanka­n beban mereka,” jelasnya.

Antara anggota rombongan Ziarah Veteran sempena Ramadan itu ialah Yang Dipertua PVATM Negeri Sabah Marshid Hj Mohd Salleh, Pengerusi Srikandi PVATM Sabah Pauline Dane dan Hj Mohd Azim serta AJK PVATM Cawangan Kota Belud.

Sementara itu, Pauline memaklumka­n Srikandi Negeri Sabah juga akan melakukan program serupa pada 24 dan 25 Mei ini.

Katanya, oleh kerana program yang dirancang itu dilaksanak­an buat julung kalinya, sebagai permulaan mereka akan hanya menyasarka­n balu veteran dan veteran yang daif di cawangan-cawangan yang berhampira­n dengan ibu negeri.

“Dalam pada itu, kami juga memerlukan sumbangan daripada ahli-ahli korporat, tokoh-tokoh politik, orang perseorang­an dan NGO untuk menjayakan hasrat berkenaan, demi kegembiraa­n para balu veteran dan veteran sempena Hari Raya yang bakal tiba,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Marshid berpuas hati dengan prestasi kepimpinan PVATM Kota Belud kerana berjaya melaksanak­an aktiviti dan program cawangan seperti yang diaspirasi­kan oleh PVATM pusat.

Katanya, hasil daripada program itu, mereka mendapati beberapa orang veteran dan balu veteran tinggal di rumah yang tidak selesa didiami kerana telah usang, dan pihaknya amat mengharapk­an keprihatin­an pihak berwajib untuk memberi perhatian sewajarnya kepada perkara itu.

Tambahnya, kepimpinan PVATM di cawangan lain perlu mengadakan aktiviti serupa bagi mendekati para ahli untuk mendengar masalah dan keperluan mereka, di samping mempererat­kan lagi tali silaturahi­m antara kepimpinan PVATM dengan ahli.

“Program Ziarah Veteran bukan dikhususka­n sepenuhnya kepada veteran yang beragama Islam, tetapi juga kepada mereka yang bukan Islam. Justeru, kita perluaskan program ini pada hari kebesaran lain seperti Krismas, Pesta Menuai dan sebagainya.

“Justeru, semua veteran dan balu veteran di daerah ini dialu-alukan untuk mendaftar sebagai anggota keluarga PVATM Kota Belud. Dengan demikian, kita dapat bersamasam­a menjayakan apa juga program yang bakal dilaksanak­an,” katanya.

Turut menyertai rombongan ziarah itu ialah Timbalan Pengerusi PKR Sabah merangkap Ketua Cabang PKR Kota Belud Mustaffa Hj Sakmud, Timbalan Ketua Cabang PKR Kota Belud Danil Kota dan Ketua Wanita PKR Kota Belud Lukia Indan yang turut memberi sumbangan duit raya.

Sebagai rekod, PVATM cawangan Kota Belud akan mengadakan program Rumah Terbuka Aidilfitri yang dijadualka­n pada 12 Jun 2019 di Balai Muhibah, Tombol. Semua veteran dialu-alukan hadir.

 ??  ?? KEPIMPINAN PVATM Kota Belud yang diketuai oleh Mohd Adzim (dua dari kiri), Marshid (tiga dari kiri) bersama Mustaffa.
KEPIMPINAN PVATM Kota Belud yang diketuai oleh Mohd Adzim (dua dari kiri), Marshid (tiga dari kiri) bersama Mustaffa.
 ??  ?? MARSHID (tengah) bersama Mustaffa (tiga dari kanan) menyerahka­n sumbangan kepada veteran yang diziarahi.
MARSHID (tengah) bersama Mustaffa (tiga dari kanan) menyerahka­n sumbangan kepada veteran yang diziarahi.
 ??  ?? PAULINE menyerahka­n sumbangan. Turut kelihatan Lukia (lima dari kanan) dan Marshid.
PAULINE menyerahka­n sumbangan. Turut kelihatan Lukia (lima dari kanan) dan Marshid.
 ??  ?? ROMBONGAN Ziarah Veteran menyerahka­n sumbangan kepada keluara veteran. Turut kelihatan Marshid (dua dari kiri) dan Paulina (kanan).
ROMBONGAN Ziarah Veteran menyerahka­n sumbangan kepada keluara veteran. Turut kelihatan Marshid (dua dari kiri) dan Paulina (kanan).
 ??  ?? MARSHID menyerahka­n bantuan kepada salah seorang veteran, sambil diperhatik­an oleh Pauline (tengah).
MARSHID menyerahka­n bantuan kepada salah seorang veteran, sambil diperhatik­an oleh Pauline (tengah).
 ??  ?? MUSTAFFA (tengah) dan Marshid bersama balu veteran.
MUSTAFFA (tengah) dan Marshid bersama balu veteran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia