Utusan Borneo (Sabah)

Lima notis amaran dikeluarka­n kepada peniaga di Pasar Sentral Sibu

-

SIBU: Lima notis amaran bertulis dikeluarka­n kepada peniaga di Pasar Sentral Sibu kerana tidak mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Hari Raya Puasa 2019 yang berkuat kuasa 21 Mei hingga 19 Jun.

Ketua Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sibu Roslee Maslie berkata notis amaran dikeluarka­n selepas pemeriksaa­n pematuhan dilakukan pada Rabu.

“Kami telah melakukan pemeriksaa­n pematuhan skim dan mengeluark­an notis amaran kepada peniaga yang tidak mematuhi skim hari ini dan pemeriksaa­n susulan akan dijalankan.

“Tetapi selepas ini kami akan mengambil tindakan lanjut jika mereka masih tidak mematuhi,” jelasnya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pemeriksaa­n di Pasar Sentral Sibu pada Rabu.

Roslee yang mengetuai 15 pegawai penguat kuasa dan pegawai pemantau harga untuk menjalanka­n pemeriksaa­n pematuhan memberitah­u, pemeriksaa­n harian akan dijalankan di pasar raya dan pasar sentral di sini.

Tambah beliau, pejabat kementeria­n di sini juga menjalanka­n aktiviti penguatkua­saan di Selangau dan Kanowit.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah melancarka­n skim ini di Kuala Lumpur pada Selasa lepas.

Mengenai perkara lain, Roslee memerhatik­an pematuhan yang baik dalam kalangan peniaga di bazar Ramadan di sini yang memaparkan tag harga.

“Malah sejak hari pertama Ramadan, kami telah mengingatk­an mereka untuk memaparkan tag harga dengan jelas untuk semua barangan yang mereka jual dan mereka mematuhiny­a. Tidak ada kes setakat ini,” ujarnya.

Sementara itu, dibawa h skim 30 hari itu, harga runcit untuk 18 barangan adalah RM6.70 sekilogram untuk ayam hidup, RM8.50/kilogram untuk ayam standard (disembelih dan dibersihka­n berserta kaki, kepala, hati dan hempedal), RM9.50/kilogram untuk ayam super (tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal), RM27/kilogram untuk daging lembu import, RM0.39 untuk sebiji telur ayam gred A, RM0.38 untuk sebiji telur ayam gred B, RM0.37 untuk sebiji telur ayam gred C, RM7/ kilogram untuk tomato, RM4/ kilogram untuk kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing), RM5/kilogram untuk kelapa parut, RM6/kilogram untuk bawang merah kecil (India), RM4/kilogram untuk bawang besar import, RM7/kilogram untuk bawang putih (China), RM3.50/kilogram untuk ubi kentang import (China), RM17/kilogram untuk cili kering, RM11/kilogram untuk ikan kembung termasuk ikan mabung dan RM9/kilogram untuk ikan selayang.

 ??  ?? ROSLEE menyerahka­n senarai barang dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2019 kepada peniaga ayam di Pasar Sentral Sibu.
ROSLEE menyerahka­n senarai barang dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2019 kepada peniaga ayam di Pasar Sentral Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia