Utusan Borneo (Sabah)

Perkukuh perpaduan sempena Ramadan

Merentasi masyarakat pelbagai kaum

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KEMABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Jamawi Jaafar mengajak umat Islam agar mengambil peluang sempena keberkatan Ramadan untuk mempertegu­hkan hubungan diri dengan Allah SWT.

Selain itu umat Islam juga perlu menjadikan bulan mulia ini sebagai wadah mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m dengan keluarga, jiran tetangga dan masyarakat pelbagai kaum.

“Marilah kita bersama-sama

“Umat Islam juga perlu menjadikan bulan mulia ini sebagai wadah mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m dengan keluarga, jiran tetangga dan masyarakat ” pelbagai kaum. JAMAWI JAAFAR Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong

memperkuku­hkan komitmen terhadap perpaduan dan ukhuwah yang selama ini menjadi asas kemajuan negara kita. Ini kerana, kestabilan dan kemakmuran negara saling berkait dengan kekukuhan perpaduan yang kita bina selama ini,” katanya ketika berucap di majlis berbuka puasa di Masjid Al Fath Lagud Sebarang, di sini pada Rabu.

Program anjuran Badan Dakwah Daerah bersama jawatankua­sa Masjid AL Fath itu dihadiri hampir seratus masyarakat Islam setempat.

Menurut Jamawi yang juga Ketua Belia Usia Pusat, rakyat khususnya umat Islam di negara ini wajar bersyukur dengan nikmat keamanan dan kemakmuran negara yang membolehka­n mereka menjalani ibadah puasa dan kehidupan seharian dalam suasana yang aman dan makmur.

“Berbeza dengan keadaan umat Islam di negara lain, mereka berhadapan pelbagai konflik, musibah dan peperangan dalam menjalani kehidupan seharian termasukla­h mengerjaka­n ibadah puasa di bulan Ramadan ini,” katanya.

Pada majlis itu, Jamawi turut menyampaik­an sumbangan keperluan asas makanan dan duit raya kepada 40 golongan asnaf di zon Lagud Sebrang.

 ??  ?? JAMAWI menyampaik­an sumbangan kepada seorang penerima.
JAMAWI menyampaik­an sumbangan kepada seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia