Utusan Borneo (Sabah)

42 masjid, surau di Kuala Penyu terima sumbangan Adun

-

KUALA PENYU: Sebanyak 21 masjid dan 21 surau di daerah ini menerima sumbangan kewangan serta peralatan seperti kipas, sejadah, alat pembesar suara dan hampagas daripada Adun Kuala Penyu Datuk Limus Jury.

Bagi sumbangan kewangan, setiap masjid menerima RM500 manakala surau pula menerima sebanyak RM300.

“Dengan adanya sumbangan seperti ini, kita berharap jawatankua­sa masjid dapat memanfaatk­an untuk kegunaan masjid dan surau serta sumbangan kewangan boleh menyelasai­kan bilbil elektrik dan air, dan sebagainya,” katanya ketika ditemui selepas majlis berbuka bersama masyarakat Islam di surau Kampung Purun di sini pada Rabu dan ziarah ke Masjid Nurul Hayat Pekan Kuala Penyu pada malam hari yang sama.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Kuala Penyu Sebestian Ingkim, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Kuala Penyu Japinus Kimuin dan Naib Ketua Bahagian Upko Beaufort Mohd Lokman Sunggim.

Dalam perkembang­an lain, Limus yang juga ketua bahagian Upko Beaufort berkata, projek pembanguna­n lain yang diperlukan rakyat akan diambil perhatian dan tindakan sebaik sahaja peruntukan diperolehi daripada kerajaan.

“Kita baru saja melalui proses peralihan kerajaan dan baru setahun memerintah, justeru kita perlu memberikan ruang secukupnya kepada kerajaan untuk melihat dan mempertimb­angkan permohonan projek pembanguna­n yang lain khususnya di daerah ini,” katanya.

Sambil memberikan keyakinan bahawa kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan meneruskan dasar dan program untuk pembanguna­n serta kesejahter­aan rakyat, beliau berkata rakyat di negeri ini harus bersama memberikan sokongan padu kepada kerajaan yang dipimpin oleh Shafie dalam membawa pembanguna­n berterusan untuk kepentinga­n rakyat dan negeri Sabah.

 ??  ?? LIMUS menyampaik­an duit raya kepada kanak-kanak semasa ziarah di Masjid Nurul Hayat Pekan Kuala Penyu.
LIMUS menyampaik­an duit raya kepada kanak-kanak semasa ziarah di Masjid Nurul Hayat Pekan Kuala Penyu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia