Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki pukul bapa dengan hos getah diberkas

Suspek mengamuk setelah ditegur mangsa agar tidak keluar rumah dan mengganggu pekerja lain

-

SIBU: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memukul bapa kandung sendiri menggunaka­n hos getah di sebuah kuarters pekerja di Jalan Sibu-Durin dekat sini, pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa, 59, dikatakan telah menegur suspek (anaknya) agar tidak keluar dari rumah dan mengganggu pekerja kilang yang lain sekitar 10 pagi itu.

“Tindakan mangsa tersebut telah mengakibat­kan suspek, 32, tiba-tiba mengamuk dan memukul suspek di bahagian belakang, bahagian dada kiri, serta lengan sebelah kiri dan kanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Katanya, pengadu yang bimbang keselamata­n diri, keluarga serta pekerja lain terancam kemudian membuat laporan polis.

Stanley berkata, hasil siasatan awal mendapati tempat kejadian merupakan kawasan rumah pekerja kilang di mana

“Suspek yang tinggal dengan pengadu sejak sebulan lalu dikatakan pernah mengugut ingin memukul isteri pengadu (ibu kandung ” suspek sendiri) ACP STANLEY JONATHAN RINGGIT Ketua Polis Daerah Sibu

pengadu bersama keluarga termasuk suspek tinggal bersama di situ.

Katanya, suspek yang merupakan anak sulung daripada lima beradik itu sudah berkahwin dan mempunyai dua anak tetapi tidak bekerja.

“Suspek yang tinggal dengan pengadu sejak sebulan lalu dikatakan pernah mengugut ingin memukul isteri pengadu

(ibu kandung suspek sendiri),” jelasnya lanjut.

Menurut Stanley, suspek ditangkap pada hari yang dan barang kes iaitu hos getah juga telah dirampas.

Katanya, suspek telah direman dan akan menjalani ujian saringan urin.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangk­an cedera terhadap bapa sendiri,” tambah beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia