Utusan Borneo (Sabah)

Marvel kehilangan Spider-Man sekali lagi

-

FILEM adiwira Marvel mungkin akan kehilangan watak mereka yang paling terkenal selepas Sony mengesahka­n Selasa lepas bahawa rundingan mengenai perjanjian­nya untuk berkongsi Spider-Man dengan studio milik Disney itu telah gagal.

Filem Marvel pada keseluruha­nnya telah mengaut AS$22 bilion di box office global, dan Spider-Man yang dibawa pelakon British Tom Holland telah menjadi watak yang semakin penting dalam francais paling lumayan dalam sejarah filem.

Namun sementara pelastik sarang labah-labah remaja itu sudah selama berdekad-dekad menjadi permata utama bagi empayar buku komik Marvel yang mendasari filem-filemnya, Sony memiliki hak filem bagi watak tersebut.

Dia hanya mula muncul dalam “alam semesta sinematik” Marvel milik Disney selepas gergasi Hollywood itu memeterai perjanjian pada 2015 yang hampir bersejarah, dan masih amat rahsia, untuk sama-sama menerbit dan membahagik­an keuntungan daripada semua filemnya.

Satu aspek penting dalam perkongsia­n itu kini sudah gagal.

Sony mengesahka­n ketua Marvel Studios Kevin Feige – yang dipuji ramai bagi kepesatan yang begitu hebat sekali dalam filem buku komik sejak sedekad lalu – tidak akan lagi menerbitka­n filem Spider-Man, dan seorang jurucakap menambah studio itu “kecewa”.

“Kami harap ini boleh berubah pada masa depan, tetapi fahamilah bahawa banyak tanggungja­wab baharu yang telah diberikan oleh Disney kepadanya tidak memberi masa kepadanya untuk berusaha bagi IP (harta intelek) yang mereka tidak miliki,” jurucakap Sony itu menyebut dalam satu kenyataan yang dihantar kepada AFP.

Perpisahan itu menjadikan­nya “hampir pasti” bahawa watak Spider-Man tidak akan muncul menerusi penampilan bersama dalam filem Marvel pada masa depan, menurut wartawan Hollywood Reporter, Graeme McMillan.

Beberapa saluran media Hollywood melaporkan awal Selasa lepas bahawa Disney dan Sony gagal untuk menyetujui terma kewangan bagi filem Spider-Man pada masa depan.

Menurut Deadline, yang pertama kali melaporkan berita itu, Disney mahu meningkatk­an dengan signifikan pegangan kewanganny­a dalam filem SpiderMan baharu, manakala Sony pula enggan mengubah terma sedia ada.

Sony berkata laporan “memberi gambaran yang salah mengenai perbincang­an baru-baru ini” tetapi mengucapka­n terima kasih kepada Feige “bagi laluan di mana dia telah meletakkan kami, yang akan kami teruskan”.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BUKAN LAGI SPIDER-MAN: Gambar fail menunjukka­n Tom Holland tiba untuk tayangan perdana ‘Spider-Man: Far From Home’ di Hollywood pada 26 Jun 2019 lepas.
— Gambar AFP BUKAN LAGI SPIDER-MAN: Gambar fail menunjukka­n Tom Holland tiba untuk tayangan perdana ‘Spider-Man: Far From Home’ di Hollywood pada 26 Jun 2019 lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia