Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu berpengala­man penyelamat kepada krew media KMJG Sabah

-

KOTA MARUDU: Mengharung­i cuaca panas dan jalan yang beralun serta tidak rata merupakan antara cabaran pemandu konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) untuk hari kedua yang meneruskan perjalanan ke daerah Pitas.

Nasib tidak menyebelah­i kenderaan yang membawa pasukan pertama krew media yang membuat liputan bermula dari Kota Kinabalu hingga ke Lahad Datu apabila mengalami kerosakan tayar pada sebelah hadapan penumpang.

Mujur pemandu yang membawa kenderaan krew media pada kali ini, Aziz Ahmad, 58, mempunyai cukup pengalaman dan pantas mengesan masalah yang dihadapi.

Menurut Aziz, beliau menyedari terasa gegaran yang agak kuat pada stereng kenderaan Preve yang beliau pandudande­nganpantas­beliau memperlaha­nkan kenderaan serta memberi laluan kepada kenderaan konvoi yang lain untuk memotong beliau.

“Pada masa itu, kelajuan kenderaan konvoi adalah pada 100km sejam mengikut ketetapan arahan kenderaan ketua konvoi yang berada di hadapan dan kami pada masa itu sedang mengejar masa untuk sampai ke daerah Pitas.

“Apabila kami sudah melepasi Pekan Kota Marudu kira-kira dalam masa 20 minit perjalanan, didapati kenderaan kami mengalami masalah tayar.

“Setelah memberhent­ikan kenderaan dan membuat pemeriksaa­n didapati tayar itu koyak akibat hentakan yang kuat ketika melalui jalan yang beralun.

“Selepas mengenal pasti kerosakan, kami memaklumka­n ketua konvoi melalui walkie talkie mengenai situasi kami dan memutuskan agar kenderaan yang lain meneruskan perjalanan sementara kami membuat penggantia­n tayar simpanan sementara.

“Mujur krew yang dibawa pada kali ini semuanya mempunyai pengalaman menghadapi masalah kenderaan, jadi kami bekerjasam­a membantu bagi mempercepa­tkan proses penukaran tayar ganti kemudian mencari bengkel terdekat untuk penggantia­n tayar baharu,” jelas Aziz.

Beliau yang akan berpencen pada penghujung 2021 akan menjadikan­nya sebagai kenangan yang tidak akan dilupakan.

Pasukan KMJG bermalam di Ranau pada Rabu dan akan meneruskan perjalanan ke Sandakan pada keesokan harinya.

Untuk rekod, pasukan pertama krew media dianggotai, Penolong Pegawai Penerangan Bahagian Media Siber (BMS) Japen Sabah Azrul Azham Azmi, Pemberita Idris Sani Saberun dan Jurufotogr­afi Ahmad Sarujin Seting.

 ??  ?? GANTI: Proses mengganti tayar.
GANTI: Proses mengganti tayar.
 ??  ?? PASANG: Aziz (kanan) memasang jek tayar sambil dibantu Azrul (kiri).
PASANG: Aziz (kanan) memasang jek tayar sambil dibantu Azrul (kiri).
 ??  ?? RAWATAN: Azrul mengalami luka kecil ketika membantu mengeluark­an tayar yang pecah.
RAWATAN: Azrul mengalami luka kecil ketika membantu mengeluark­an tayar yang pecah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia