Utusan Borneo (Sabah)

KRT Bandaraya Kota Kinabalu adakan kenduri sekampung

-

KOTA KINABALU: Program Membudayak­an Perpaduan, Meraikan Kepelbagai­an bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha Zon Bandaraya Kota Kinabalu anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF Sabah), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis di Raja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Beras Corporatio­n berjaya merapatkan hubungan silaturahi­m dan perpaduan sesama mereka.

Meskipun diadakan pada hari cuti umum, ternyata mendapat sokongan padu lebih 500 penduduk pelbagai kaum yang hadir memeriahka­n majlis.

Menariknya, hampir kesemua juadah yang dihidangka­n disedia dan dimasak secara bergotongr­oyong oleh warga Rukun Tetangga Kota Kinabalu.

Majlis turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai,YB Tuan Haji Azhar bin Datuk Matusin selaku Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian; Pengarah Perpaduan Negeri Sabah, Delin Liet Blaun; Pegawai Perpaduan Zon Bandaraya Kota Kinabalu, Normalawat­i Hassim; dan Pengerusi MCPF Negeri Sabah. Majlis yang berlangsun­g di Dewan Serbaguna Likas ini, merupakan majlis yang julung-julung kali diadakan oleh KRT disini.

Menurut Delin dalam ucapannya berkata, walaupun berbeza agama dan kaum, majlis seumpama ini mampu mengeratka­n hubungan silaturahi­m dan meraikan perbezaan sesama warga KRT dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta rakan-rakan strategik PERPADUAN.

Jelasnya, ini merupakan sebagai langkah permulaan kepada Rukun Tetangga di Kota Kinabalu untuk menjalin hubungan kerjasama strategik bersama NGO yang lain dalam menyemai perpaduan di hati rakyat.

Beliau turut mengajak warga Rukun Tetangga menjadi mata dan telinga kepada pihak kerajaan bagi membolehka­n pelbagai bantuan disediakan disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Sementara itu, Delin berkata, “Majlis seumpama ini mampu menyatukan kepelbagai­an penduduk dalam pelbagai aspek agar perpaduan dapat dikecapi”, katanya lagi.

Majlis ini disempurna­kan oleh Tuan Haji Azhar bin Datuk Matusin selaku Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian merangkap Adun Karambunai.

Beliau turut menzahirka­n ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

“Kehadiran dan sokongan warga Rukun Tetangga serta NGO yang lain dalam kenduri sekampung ini mampu mengeratka­n lagi perpaduan dikalangan masyarakat setempat”, tambahnya lagi.

Majlis yang bermula seawal 6.30 pagi dengan acara penyembeli­han korban, gotong-royong melapah, memotong daging, memasak serta tahlil dan doa selamat berakhir sekitar jam 2.00 petang dengan jayanya.

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN) Bandaraya Kota Kinabalu merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.- Artikel sumbangan Faiz Mohd Zahri

 ??  ?? KENANGAN: Azhar merakamkan gambar kenangan bersama jawatankua­sa rukun tetangga dan MCPF yang hadir.
KENANGAN: Azhar merakamkan gambar kenangan bersama jawatankua­sa rukun tetangga dan MCPF yang hadir.
 ??  ?? BANTU: PPN Sabah turut membantu jiran wanita dalam menyediaka­n jamuan makan.
BANTU: PPN Sabah turut membantu jiran wanita dalam menyediaka­n jamuan makan.
 ??  ?? SEDIA MAKANAN: Gotongroyo­ng menyediaka­n makanan oleh jiran wanita.
SEDIA MAKANAN: Gotongroyo­ng menyediaka­n makanan oleh jiran wanita.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia