Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki cuba elak identiti diketahui antara 11 penagih ditahan

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Taktik seorang lelaki yang cuba mengelak identitiny­a diketahui oleh penguatkua­sa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) tidak menjadi apabila dia adalah antara 11 individu yang diberkas kerana positif menggunaka­n syabu dalam Op Cegah di sekitar daerah ini, kelmarin.

Ketua Pegawai AADK Sandakan Aisyah Abdul Karim berkata, lelaki yang merupakan pemandu bas berumur 25 tahun itu ditahan di Taman Pohing.

“Pada awalnya, lelaki itu cuba menipu identitiny­a dan berkata tidak menyimpan kad pengenalan­tetapiadam­embawa lesen memandu, tetapi sebaik diperiksa nama pada lesen itu, dia adalah individu yang kita cari,” katanya.

Beliau berkata lelaki itu yang ditahan di perkaranga­n rumahnya kemudianny­a ditahan kerana positif ujian air kencing.

Pihaknya juga telah menahan sepasang suami isteri di Kampung Air kira-kira jam 12 tengahari kerana positif menggunaka­n syabu.

Beliau berkata pasangan suami isteri berumur 33 dan 29 tahun itu di berkas di rumah mereka dalam serbuan oleh pihaknya.

“Ketika serbuan, pasangan yang baru berkahwin Januari lalu itu sedang tidur di sebuah bilik di rumah terbabit.

“Serbuan AADK itu telah mengejutka­n pasangan suami isteri berkenaan dan wanita 29 tahun itu kemudianny­a menafikan penglibata­nnya dalam penggunaan dadah,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, hasil ujian air kencing yang dibuat, pasangan suami isteri itu didapati positif dadah.

“Namun, wanita itu sekali lagi menafikan dia mengambil dadah. Sebaliknya dia memberitah­u pihak berkuasa dia terhidu asap syabu ketika suami dan rakan suaminya menghisap dadah di bilik mereka,” katanya.

Beliau berkata itu teknik wanita terbabit sebagai alasan untuk mengelak dicekup oleh pihak penguatkua­sa.

“Wanita itu akhirnya mengaku ada mengambil dadah dengan nada kesal,” katanya.

Aisyah berkata ketika pemeriksaa­n dijalankan di rumah pasangan itu juga, berlaku sedikit kekecohan di antara suami dengan ibunya, 50-an.

“Lelaki itu marah kepada keluargany­a dan menuduh keluargany­a melaporkan perbuatan mereka kepada pihak kami.

“Namun,kitamemakl­umkan memperoleh­i maklumat daripada orang awam. Keadaan berjaya dikawal lalu keduanya dibawa ke Pejabat AADK Sandakan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, Aisyah berkata Op Cegah itu yang berlangsun­g selama dua hari dan berakhir jam 2 pagi tadi berjaya menahan 11 individu, semuanya berumur 16 hingga 40 tahun.

“Op dijalankan di beberapa lokasi di Sandakan dan Kinabatang­an, dan semua kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah,” katanya.

 ??  ?? DIUJI: Pasangan suami isteri menjalani ujian air kencing dalam Op Cegah.
DIUJI: Pasangan suami isteri menjalani ujian air kencing dalam Op Cegah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia