Utusan Borneo (Sabah)

Percepat pembinaan rumah untuk mangsa kebakaran

- Oleh Kenneddy Corlleus

KINABATANG­AN: Kerajaan negeri dan Persekutua­n digesa supaya mempercepa­tkan proses bantuan pembinaan rumah bagi keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Kampung Batung Penangah Tongod, dekat sini barubaru ini.

AhliParlim­enKinabata­ngan Dato Sri Bung Moktar Radin berkata majoriti keluarga yang terlibat adalah rakyat tempatan yang susah dan kurang berkemampu­an untuk membina semula rumah mereka yang sudah musnah.

Kejadian yang berlaku pada awal bulan ini telah memusnahka­n 29 rumah dan turut mengorbank­an nyawa seorang warga emas.

“Saya bersimpati dengan musibah yang melanda penduduk di kampung ini yang majoritiny­a penduduk tempatan yang kini terpaksa tinggal buat sementara waktu di pusat penempatan sementara di sini dalam keadaan yang bersesak dan kurang selesa,” katanya ketika ditemui selepas menyampaik­an sumbangan Ahli Parlimen dan Umno Bahagian Kinabatang­an kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat di Kg Penangah Tongod semalam.

Turut serta, Timbalan Ketua Umno Bahagian Kinabatang­an Datuk Jafry Arifin dan ahli jawatankua­sa Umno Bahagian Kinabatang­an.

Bung juga ketua Umno Bahagian Kinabatang­an berharap syarikat yang berkaitan kerajaan (GLC) lain dapat membantu sebahagian mangsa menerusi tanggungja­wabsosialk­orporat syarikat (CSR) mereka, sekali gus membantu kerajaan membina semula rumah penduduk yang terlibat dalam musibah itu.

“Dengan adanya kerjasama antara kerajaan dan GLC yang berkaitan, proses membantu membina semula rumahrumah mangsa yang terlibat boleh dipercepat­kan,” katanya.

Mengulas sumbangan itu, pengerusi Umno Sabah itu berharap sumbangan yang disampaika­n itu diharap sedikit sebanyak dapat meringanka­n sedikit beban mangsa yang terlibat.

Mengenai saranan pembinaan balai bomba di daerah itu, Bung menyokong cadangan itu dan akan sentiasa membawa isu berkenaan ke Parlimen agar pembinaan balai bomba di daerah Tongod dapat disegeraka­n.

 ??  ?? SIMPATI: Bung bersama rombongan melihat kesan kejadian kebakaran.
SIMPATI: Bung bersama rombongan melihat kesan kejadian kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia