Utusan Borneo (Sabah)

Dewan Bandaraya Miri dijangka siap 18 bulan

-

MIRI: Projek pembinaan Miri City Hall atau Dewan Bandaraya Miri yang bernilai lebih RM57 juta di Marina ParkCity di sini, diharap dapat mengikut jadual dan disiapkan sepenuhnya dalam tempoh 18 bulan.

Datuk Bandar Miri Adam Yii yang mengadakan lawatan ke tapak pembinaan projek berkenaan semalam berkata, projek itu baharu memasuki fasa pertama pembinaan, sebanyak lima peratus.

"Masih ada 95 peratus lagi dan kita berharap projek ini terus kekal di landasanny­a mengikut jadual dan siap dalam tempoh 18 bulan," katanya.

"Justeru lawatan saya bersama beberapa ahli majlis pada hari ini adalah untuk meninjau perkembang­an projek dan memastikan ia berjalan mengikut jadual," katanya sambil menambah, sehingga kini, tiada masalah yang timbul.

Berdasarka­n maklumat tender, projek yang dimajukan syarikat Riaplus Sdn Bhd itu dijangka siap sepenuhnya pada 24 Disember 2020.

Projek pembinaan Dewan Bandaraya Miri itu yang mengadap Laut Cina Selatan, akan menempatka­n menara setinggi sembilan tingkat, pelantar pesiaran/ taman bertingkat, ruang legar di pintu masuk, parkir kereta separa bertingkat, bilik-bilik acara/persidanga­n, kantin, bilik solat, dewan teater untuk keperluan masa akan datang dan sebagainya.

Manakala di ruang legar pintu masuk ke dewan bandar raya ini kelak, pengunjung­nya pasti terpukau dengan pemandanga­n indah pinggir pantai, Taman Marina dan Laut Cina Selatan yang mengelilin­gi setiap ruang pemandanga­n bangunan tersebut.

Menurut jurucakap pemaju, reka bentuk ini juga menggabung­kan elemen Indeks Bangunan Hijau seperti kecekapan tenaga, kualiti alam sekitar tertutup, perancanga­n dan pengurusan tapak yang mampan, bahan dan penggunaan sumber, kecekapan air dan reka bentuk yang inovatif untuk menggalakk­an kemampanan dalam persekitar­an yang dibina.

"Selain itu, simbol rasmi bandar raya ini, iaitu kuda laut, turut dimasukkan dalam binaan bahagian hadapan bangunan, yang melambangk­an sebuah bandar raya yang terletak di pinggir pantai, penuh keceriaan dan keindahan alam semula jadi di samping keunikan budaya yang tercetus daripada kepelbagai­an kaum dan etnik di

Miri," katanya.

 ??  ?? TINJAU: Adam (depan, tiga kanan) mendengar taklimat berhubung perkembang­an projek daripada jurutera pemaju.
TINJAU: Adam (depan, tiga kanan) mendengar taklimat berhubung perkembang­an projek daripada jurutera pemaju.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia