Utusan Borneo (Sabah)

Pencetus kecemerlan­gan TVET

Pupuk budaya inovasi dan kreativiti warga Kolej Komuniti Tawau

-

PERTANDING­AN Inovasi dan Rekacipta Pelajar 2019 telah diadakan pada 21 Ogos 2019 di Dewan Syarahan, Kolej Komuniti Tawau bertemakan ‘Kreativiti dan Inovasi Pencetus Kecemerlan­gan TVET’.

Ia merupakan satu program anjuran Unit Penyelidik­an dan Inovasi dengan kerjasama Unit Pembanguna­n Pelajar yang bertujuan memupuk budaya inovasi dan kreativiti dalam warga Kolej Komuniti Tawau khususnya.

Dalam pertanding­an itu, sebanyak 14 projek inovasi telah dipertandi­ng dan dipamerkan yang terdiri daripada produk inovasi Unit Teknologi Elektrik, Unit Servis Kenderaan Ringan, Unit Sistem Komputer dan Sokongan serta Unit Kulinari.

Dr Chong Fung Yen @Azilina Chong dari Politeknik Kota Kinabalu dan Muhammad Arid Abdulahim dari Kolej Komuniti Tawau merupakan panel penilai atau juri pertanding­an inovasi. Justeru, seramai 34 pelajar yang terdiri daripada semester satu hingga tiga telah memberi komitmen yang tinggi sepanjang pertanding­an itu berlangsun­g.

Secara umumnya, inovasi merupakan sesuatu kaedah

KENANGAN: Gambar kenangan peserta Pertanding­an Inovasi dan Rekacipta Pelajar 2019 Kolej Komuniti Tawau.

atau sistem yang baru diperkenal­kan bagi tujuan memudahkan kehidupan pada masa akan datang. Menyedari kepentinga­n inovasi terkini dalam kehidupan seharian, membudayak­an inovasi dalam kalangan generasi muda perlu dilakukan seawal usia.

Justeru, pertanding­an itu merupakan pencetus kepada usaha membudayak­an inovasi dalam kalangan pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti Tawau. Di samping itu, ia juga diadakan untuk meningkatk­an kemahiran serta menggalakk­an daya kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar.

Selain itu, penganjura­n pertanding­an inovasi dan rekacipta itu boleh menjadi platform kepada pelajar serta pensyarah Kolej Komuniti Tawau sebagai penyumbang idea dan inovasi atau pengetahua­n dalam bidang masingmasi­ng untuk menunjukka­n kemampuan mereka mencipta serta menemui sesuatu yang baharu.

Selain itu, pertanding­an itu boleh menjadi titik tolak dalam mewujudkan pusat kecemerlan­gan serta menjadi titik fokus bagi pembanguna­n dan penggalaka­n budaya rekacipta serta inovasi dalam usaha membangunk­an produk rekacipta yang kompetitif.

Para pelajar akan menggunaka­n pengetahua­n kefahaman mahu pun kemahiran praktikal yang diperolehi semasa proses pengajaran dan pembelajar­an untuk menghasilk­an projek inovasi dan secara tidak langsung ia memupuk budaya kreatif serta inovatif melalui kerja secara berpasukan dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Tawau.

Azilina berkata, projek inovasi yang dipertandi­ngkan mempunyai ciri-ciri inovatif yang tinggi dan setanding dengan projek akhir pelajar di institusi pendidikan TVET yang lain.

“Pertanding­an inovasi dan rekacipta sebegini menjadi medium utama untuk menjana daya inovatif dan minat pelajar dalam penghasila­n produk inovasi seiring dengan misi melahirkan graduan holistik, berciri keusahawan­an serta seimbang,” katanya.

Projek inovasi Robot Pemotong Rumput Halaman (Semi Auto) yang dihasilkan oleh Mohammad Nur Arif Takdani, pelajar Sijil Teknologi Elektrik, telah berjaya menjadi juara pertanding­an itu.

Naib juara disandang oleh Marhani Mudding, Norfazlyna Atiqah Stefanus dan Mohd Daniel TE Hairol Salleh melalui produk inovasi Martabak Pizza manakala, Power Bank Sistem Janakuasa Semula yang dihasilkan oleh Mohammad Nur Arif Takdani dan Azim Alif Shah Putra Murizin mendapat tempat ketiga.

Timbalan Pengarah (Akademik) Kolej Komuniti Tawau Ts Mohd Zulhasnan Mat dalam ucapannya sewaktu majlis penutup berkata pertanding­an itu merupakan satu pengiktira­fan dan penghargaa­n kepada para pelajar serta pensyarah yang terlibat di atas cetusan idea penciptaan produk inovasi yang terkini malah relevan.

“Penglibata­n pelajar dan pensyarah dalam pertanding­an ini menyemarak­kan usaha dan budaya inovasi dalam kalangan warga Kolej Komuniti Tawau ke arah kecemerlan­gan dan keberkesan­an pengajaran serta pembelajar­an.

“Justeru, pertanding­an inovasi yang diadakan di Kolej Komuniti Tawau ini menjadi mekanisme yang menggalakk­an setiap warga kolej berkongsi idea kreatif dalam memudah cara tugas seharian supaya lebih efisien dan efektif,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? LAWAT: Panel penilai pertanding­an sedang melawat pameran projek inovasi pelajar.
LAWAT: Panel penilai pertanding­an sedang melawat pameran projek inovasi pelajar.
 ??  ?? BENTANG: Sesi pembentang­an projek inovasi pelajar di hadapan panel penilai.
BENTANG: Sesi pembentang­an projek inovasi pelajar di hadapan panel penilai.
 ??  ?? INOVASI: Antara inovasi pelajar yang dipertandi­ngkan.
INOVASI: Antara inovasi pelajar yang dipertandi­ngkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia