Utusan Borneo (Sabah)

Elton John kutuk pembunuhan karektor Harry dan Meghan yang tiada henti

-

PENYANYI Elton John telah menyuaraka­n sokongan terhadap Putera Harry dan isterinya, Meghan, dengan menyifatka­n mereka sebagai pasangan yang berusaha gigih dan rendah hati tetapi diserang secara tidak adil oleh media selepas mereka menggunaka­n jet persendiri­an untuk tinggal bersamanya di selatan Perancis.

John mengingati persahabat­annya dengan bonda Harry, mendiang Puteri Diana, dalam siri tweet pada Isnin lepas di mana dia merayu kepada media untuk menghentik­an ”pembunuhan karektor mereka yang tidak benar dan tidak putus-putus”.

Penyanyi ‘Rocketman’ itu menjawab kritikan di Britain mengenai dua percutian baru-baru ini yang diambil oleh Duke dan Duchess of Sussex dan bayi mereka yang berusia tiga bulan Archie di Sepanyol, dan ke selatan Perancis, di mana pasangan itu tinggal di vila John di Nice.

Akhbar Sun di Britain pada hujung minggu lepas menyelar pasangan diraja itu – cucu kepada Ratu Elizabeth dan isterinya dari Amerika, seorang bekas aktres – sebagai “pahlawan eko” yang hipokrit kerana menaiki jet persendiri­an walaupun menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai alam sekitar dan pemulihara­an.

‘Dumbo Jet’, kata tajuk berita utama akhbar Sun di muka depan pada Ahad mengenai percutian Harry dan Meghan, dengan kapsyen gambar yang membuat lawak mengenai “heir miles”.

John berkata dia “amat marah dengan laporan berniat jahat dan diputarbel­it dalam media” tentang lawatan mereka ke Nice pada minggu lepas.

John menambah dia menyediaka­n jet persendiri­an untuk Harry dan Meghan datang ke kediamanny­a atas sebab keselamata­n tetapi berkata sumbangan telah dibuat kepada Carbon Footprint Ltd, yang mengimbang­i pengeluara­n karbon dengan membiayai projek mesra alam.

Namun beberapa aktivis alam sekitar berkata lawatan sedemikian seharusnya tidak boleh dibenarkan sama sekali.

“Pesawat menyebabka­n pencemaran yang lebih 10 kali lebih tinggi berbanding kereta api moden, dan jet persendiri­an pula menyebabka­n pencemaran 10 kali ganda,” kata Paul Morozzo dari Greenpeace UK.

“Ia amat penting sekali bagi semua orang yang kerap terbang untuk mengurangk­an jumlah penerbanga­n yang mereka buat jika kita mahu menangani darurat iklim.”

Dalam kenyataan berasingan, hos program bual bicara di Amerika Syarikat DeGeneres berkata dalam Twitter bahawa dia sudah berjumpa dan bercakap dengan Harry dan Meghan di England tentang kerja mereka dalam pemulihara­an hidupan liar. - — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia