Utusan Borneo (Sabah)

Larian LLPM terbesar Labuan disertai pelari pelbagai negara

- Oleh Henry Bating

LABUAN: Larian Ulang Tahun Ke-20 Labuan Liberty Port Management (LLPM) yang julung kali mendapat sambutan terbesar di sini menerima penyertaan 1,200 peserta ekstrem melibatkan pelari dalam dan dan luar negara.

Pengerusi Eksekutif LLPM yang juga penaung larian Datuk Seri Mohd Alias Abd Rahman berkata, selain peserta inter-Borneo Labuan, Sabah dan Sarawak, penyertaan juga diterima dari Kenya, Morocco, Algeria, Filipina dan Brunei.

“Sesungguhn­ya kami tidak menyangka jumlah peserta meningkat setiap hari bermula dari kempen pendaftara­n atas talian bulan lepas, kini mencecah 1,200 peserta,” katanya pada sidang akhbar di Desa Tunas Hijau dekat kampus UMSKAL di sini semalam.

Alias menyifatka­n penyertaa n memberangs­angkan itu dapat membantu memartabat­kan lagi sukan larian di pulau bebas cukai Labuan ini.

Terdahulu Alias bersama penaung bersama Datin Seri Norsiah Abdullah menyempurn­akan majlis penyerahan baju larian kepada 20 peserta.

Menurut Alias, pihaknya pada awalnya menjangkak­an hanya mampu memperoleh 300 penyertaan berikutan pertindiha­n program larian di Sabah yang menunjukka­n perlunya larian ini dipergiatk­an dalam membantu usaha kerajaan mewujudkan masyarakat sihat.

Beberapa peserta handalan turut terdaftar sebagai peserta antaranya Guianus Salagan, Konah Liaw, Hadi Abdullah dan juara Labuan 3 Trail 2019 Jessica Suip.

Larian yang akan diadakan 25 Ogos ini merupakan satu sumbangan khidmat korporat LLPM yang diterajuin­ya kepada masyarakat.

Alias berkata, larian itu menawarkan hadiah tertinggi dalam sejarah di Labuan melibatkan hadiah pertama RM2,000, RM1,500 (kedua) dan RM1,000 (ketiga).

Keseluruha­n hadiah termasuk cabutan bertuah melebihi RM100,000 untuk

Alias menyerahka­n baju larian kepada peserta dari Algeria diiringi Norsiah dan Jamil (kanan).

empat kategori lelaki dan wanita terbuka serta veteran lelaki dan wanita terbuka 20km dan 5km.

Hadiah-hadiah cabutan bertuah menawarkan hadiah ‘grand’ yang merupakan sebuah motosikal HarleyDavi­dson.

Larian ini diselarask­an oleh JHK Events dan menurut pengasasny­a Jamil Kario, larian dengan jumlah penyertaan tertinggi ini adalah satu cabaran kepada mereka.

“Namun persiapan telah dibuat awal bagi memastikan larian ini berjalan lancar di samping bantuan agensi-agensi keselamata­n kerajaan,” katanya.

 ??  ?? PESERTA LUAR:
PESERTA LUAR:
 ??  ?? KENANGAN: Para peserta merakamkan gambar kenangan sebelum perlawanan bermula.
KENANGAN: Para peserta merakamkan gambar kenangan sebelum perlawanan bermula.
 ??  ?? JUARA: Jessica menerima baju larian dari Norsiah.
JUARA: Jessica menerima baju larian dari Norsiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia