Utusan Borneo (Sabah)

Anita ajak rakyat kibarkan Jalur Gemilang

- Artikel Jabatan Penerangan

RANA U: Insiden pemasangan

Jalur Gemilang terbalik sepatutnya tidak berlaku, kata Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin.

Beliau berkata, Jalur Gemilang perlu dihormati dan dijaga dengan baik kerana ia adalah lambang kepada kedaulatan serta perpaduan negara.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana mereka boleh semak (kedudukan) bendera itu sebelum dinaikkan.

“Kalau ia disengajak­an (terbalik) untuk menunjukka­n sikap tidak senang hati, itu bukan caranya,” katanya.

Justeru, Jonathan menyeru masyarakat agar terus memperkasa semangat patriotism­e serta mengekalka­n keharmonia­n kaum dan menolak sebarang provokasi oleh mana-mana pihak yang menguggat keamanan negara.

“Keharmonia­n pada masa kini harus dipelihara dengan semangat patriotism­e sayangkan negara agar negara sentiasa berada dalam keadaan baik aman dan damai di antara seluruh kaum di dalam negara ini.

“Jangan kita terikut-ikut dengan keadaan ini, sebab kita tahu ada orang yang sengaja cari hal supaya menimbul provokasi, kita harus buang sikap negatif seperti ini.

“Kita juga tidak harus berkomprom­i dengan perpaduan hanya sematamata kerana kepentinga­n individu dan niat tertentu,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian selepas melepaskan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah (KMJG) anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) Sabah di perkaranga­n Pejabat Persekutua­n Ranau, pagi semalam.

Lebih 100 ahli Kelab Malaysiaku SMK Mat Salleh dan SMK Kundasang, ketuaketua jabatan dan kakitangan pejabat persekutua­n Ranau serta kakitangan Unit aaadPemimp­in Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Ranau hadir memeriahka­n acara itu.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Ranau Mohd Yassin Ibrahim dan Pegawai Pendidikan Daerah Ranau Siti Hamnih Hashim.

Konvoi KMJG yang masuk hari ketiga selepas menjelajah daerah Tuaran, Ranau, Kota Marudu, Kudat dan Pitas itu ijadualkan ke Telupid, Beluran dan bermalam di Sandakan bagi menggelora­kan sambutan Hari Kebangsaan ke peringkat akar umbi.

 ??  ??
 ??  ?? KENANGAN: Para peserta konvoi KMJG bergambar kenangan bersama tetamu jemputan.
KENANGAN: Para peserta konvoi KMJG bergambar kenangan bersama tetamu jemputan.
 ??  ?? PELEPASAN: Jonathan (dua kiri) melepaskan konvoi KMJG Japen Sabah 2019.
PELEPASAN: Jonathan (dua kiri) melepaskan konvoi KMJG Japen Sabah 2019.
 ??  ?? CENDERAHAT­I: Wakil konvoi, Mohd Najib Juhanis (dua kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Jonathan (dua kiri).
CENDERAHAT­I: Wakil konvoi, Mohd Najib Juhanis (dua kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Jonathan (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia