Utusan Borneo (Sabah)

Jadikan tahap pengurusan Hospital Tuaran contoh

Pertama sebagai penerima Sijil Hospital Bebas Sampah

- Oleh Yap Siong Han

TUARAN: Tahap kecekapan dalam pengurusan serta kebersihan Hospital Tuaran wajar dijadikan contoh oleh jabatan atau agensi kerajaan di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata, hospital itu adalah yang pertama menjadi penerima pengiktira­fan Sijil Hospital Bebas Sampah.

“Selain kebersihan yang dicapai oleh hospital ini, saya juga tertarik dengan cara pengurusan yang teratur diamalkan di sini.

“Saya berpendapa­t hospital ini boleh menjadi contoh kepada semua hospital di Sabah,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Sijil Hospital Bebas Sampah dan Sambutan Bulan Kebangsaan 2019, Hospital Tuaran, di sini semalam.

Beliau berkata, sijil pengiktira­fan itu adalah pertama kali dilaksanak­an kepada hospital di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) walaupun sebelum ini inisiatif sama pernah dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, hospital berperanan memastikan

DATUK JAUJAN SAMBAKONG

Timbalan Ketua Menteri masyarakat Sabah bersih dan bebas daripada pelbagai penyakit yang mengancam nyawa.

“Sijil yang diberikan ini dilakukan di setiap daerah khusus kepada premis perniagaan, jabatan kerajaan dan sebagainya, ia tidak hanya tertumpu kepada satu kawasan sahaja.

“Kerajaan juga tidak pernah menganakti­rikan manamana hospital di Sabah khususnya dari segi kemudahan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Hospital Tuaran Dr G Mohan A/L A Gopal Naidoo berkata, pensijilan itu mempunyai tiga tujuan utama, antaranya menyediaka­n suasana tempat kerja kondusif kepada kakitangan hospital.

Selain itu, katanya, penting bagi hospital untuk mempunyai pandangan pertama yang baik daripada pesakit yang datang ke hospital berkenaan.

“Memandangk­an hospital ini adalah organisasi kerajaan, kami ingin tunjukkan kemudahan yang disediakan berasaskan fasiliti utama dengan mentaliti kelas pertama.

“Kami inginkan imej hospital ini terbaik di mata antarabang­sa,” katanya.

Selain kebersihan yang dicapai oleh hospital ini, saya juga tertarik dengan cara pengurusan yang teratur diamalkan di sini. Saya berpendapa­t hospital ini boleh menjadi contoh kepada semua hospital di Sabah ”

 ??  ?? TINJAU: Jaujan (duduk, kanan) dan Mohan (duduk, dua kanan) bersama tetamu kehormat lain melihat rekaan Jalur Gemilang sempena sambutan kemerdekaa­n.
TINJAU: Jaujan (duduk, kanan) dan Mohan (duduk, dua kanan) bersama tetamu kehormat lain melihat rekaan Jalur Gemilang sempena sambutan kemerdekaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia