Utusan Borneo (Sabah)

RM1 juta untuk pengurusan sampah DBKK

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU:

Peruntukan pengurusan sampah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dinaikkan kepada RM1 juta mulai tahun depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, peruntukan tambahan itu bagi meningkatk­an kualiti pengurusan sampah di bandaraya.

Menurutnya, sebelum ini kos pengurusan sampah DBKK hanya memperuntu­kkan sebanyak RM150,000 setahun.

“Walaupun dalam peruntukan yang tidak banyak, tetapi mereka mampu menjalanka­n kerja pembersiha­n di kawasan bandaraya.

“Setiap hari sampah yang dikutip DBKK mencecah sekitar 800 tan yang melibatkan pelbagai jenis sampah.

“Justeru, saya yakin perkara ini perlu kita usahakan dalam membudayak­an nilai-nilai kebersihan terutama dalam kalangan penduduk di bandaraya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis Pelancaran ‘KK Moving Forward’ anjuran DBKK di sini semalam.

Shafie berkata, dengan adanya peruntukan tambahan itu, pihak DBKK dapat menyediaka­n lebih banyak peralatan dan kemudahan untuk menguruska­n sampah.

Katanya, usaha yang dicurahkan anggota DBKK untuk memastikan kawasan bandaraya sentiasa bersih perlu dihargai.

Beliau berkata, tanggungja­wab menjadikan bandaraya lebih bersih bukan hanya terletak pada kakitangan DBKK, tetapi masyarakat setempat juga perlu memainkan peranan.

Menurutnya, bandaraya yang bersih bukan hanya mampu menarik lebih ramai pengunjung malah memberi keselesaan yang lebih baik kepada penduduk.

“Pembanguna­n di bandaraya bukan hanya melihat kepada pembinaan banyak bangunan pencakar langit.

“Tiada erti banyak bangunan tinggi kalau penghuniny­a tiada nilai baik seperti menjaga kebersihan, keharmonia­n dan keselamata­n,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mahu satu usaha yang komprehens­if perlu dilakukan oleh pihak pengurusan DBKK dalam menjayakan matlamat kebersihan di bandaraya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew, Mayor DBKK Datuk Nordin Siman, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Hashim Paijan serta Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yacob.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia