Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu kereta sewa ditahan cabul penumpang

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU:

Seorang pemandu kereta sewa ditahan selepas mencabul penumpang wanitanya berumur 18 tahun di kawasan bukit Jalan Bukit Bunga Raja, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata kejadian berlaku apabila mangsa berumur 18 tahun menaiki kereta sewa terbabit dari Bandaran Berjaya kira-kira jam 12 tengahari.

“Mangsa yang baru tiba di terminal bas Bandaran berpindah menaiki kereta sewa terbabit berikutan kereta sewa dinaiki dari Kota Belud tidak dapat menghantar­nya ke destinasi terakhir iaitu Hospital Queen Elizabeth (HQE).

“Sebaik menurunkan seorang penumpang lain yang turut menggunaka­n khidmat kereta sewa suspek di Kepayan, mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan kemudian meminta suspek menghantar­nya ke HQE bagaimanap­un tidak diendahkan,” katanya.

Menurutnya sebaik melalui bulatan kecil berhampira­n hospital, suspek kemudian menukar laluan ke Jalan Kepayan Ridge sebelum masuk di kawasan bukit dan memberhent­ikan kereta di Jalan Bukit Bunga Raja.

“Suspek kemudian meramas paha sebelah kanan mangsa sebelum mangsa memarahi suspek dan menunjukka­n gambar abangnya dengan mendakwa mangsa sudah bertunang dengan individu di dalam gambar itu.

“Suspek bagaimanap­un mengaku mengenali individu terbabit adalah abang mangsa dan mendakwa pernah bersekolah dengan abangnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Usukan Kota Belud.

“Mangsa kemudian dihantar ke rumah pekerja Kantin HQE sebelum memberitah­u kejadian kepada abangnya dan membuat laporan polis selepas dinasihati oleh abang mangsa. Susulan itu, suspek ditahan polis,” katanya.

Beliau menegaskan polis memandang serius kejadian itu seumpama itu dan tindakan tegas akan diambil terhadap pelaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia