Utusan Borneo (Sabah)

Zahirkan cinta negara melalui kibaran Jalur Gemilang

-

Seluruh lapisan masyarakat diseru menzahirka­n rasa cinta negara dengan mengibarka­n Jalur Gemilang sepanjang bulan Ogos.

Pengarah Jabatan Penerangan (Japen) Sabah Norzawiyah Bulka berkata kibaran Jalur Gemilang itu adalah bukti perasaan sayang dan cinta rakyat terhadap negaranya.

“Ia ibarat perasaan sayang kita kepada seseorang yang kita tunjukkan melalui ungkapan dan juga tindak-tanduk kita.

“Tanpa penzahiran, orang itu tidak akan tahu perasaan sebenar kita dan rasa sayang itu akan tinggal ungkapan sahaja,” ujarnya kepada pemberita selepas bersiaran secara langsung dalam rancangan khas terbitan stesen televisyen utama negara di sini, pada Selasa.

Dalam rancangan itu, Norzawiyah yang juga pengerusi Jawatankua­sa Kerja Publisiti Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah 2019 menjelaska­n mengenai peranan Japen serta programpro­gram sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang.

Antaranya, konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2019 yang kini menjelajah ke pelosok daerah dan negeri dengan membawa mesej kemerdekaa­n, dan akan berakhir pada 31 Ogos ini.

Selain itu, menurut beliau, Japen juga menganjurk­an Pertanding­an Anugerah Keceriaan Bulan Kebangsaan yang bertujuan menggalakk­an rakyat mengibarka­n Jalur Gemilang secara lebih kreatif sama ada menerusi rumah, bangunan, pintu gerbang dan sebagainya.

Orang ramai yang ingin menyertai program-program anjuran Japen boleh mendapatka­n maklumat lanjut melalui Pejabat Penerangan Daerah berhampira­n atau platform media sosial Japen seperti Facebook, Twitter dan Instagram Jabatan Penerangan Sabah.

 ??  ?? TEMUBUAL: Norzawiyah (kanan) ditemubual oleh Penyampai Rancangan Bicarawara Bah Apa Cerita, Sohbierah Ghulabdin.
TEMUBUAL: Norzawiyah (kanan) ditemubual oleh Penyampai Rancangan Bicarawara Bah Apa Cerita, Sohbierah Ghulabdin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia