Utusan Borneo (Sabah)

Gelorakan patriotism­e

Anita ajak rakyat kibarkan Jalur Gemilang

- -Artikel Jabatan Penerangan

KOTA MARUDU: Semua pihak diseru mengibarka­n Jalur Gemilang bagi menggelora serta menyemarak­kan semangat patriotism­e sepanjang bulan kemerdekaa­n ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tandek Datuk Anita Baranting dalam ucapannya pada Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Daerah Kota Marudu di SMK Bengkongan berkata kemerdekaa­n perlu difahami, dihayati dan diterjemah­kan dalam kehidupan.

“Kemerderka­an bukan setakat dilaungkan tetapi untuk difahami, dihayati dan diterjemah­kan dalam kehidupan seharian.

“Justeru, kita menyeru semua pihak agar mengibarka­n Jalur Gemilang di kenderaan, kediaman dan premis kerja masing-masing dengan megah dan bangga,” ujarnya.

Mengenai program konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG), beliau memuji inisiatif Jabatan Penerangan (Japen) Sabah yang mendukung kempen bagi menyemarak­kan sambutan bulan kemerdekaa­n.

“Japen Sabah menerusi program konvoi KMJG yang bertujuan memantapka­n perpaduan dan patriotism­e dalam kalangan masyarakat merupakan usaha yang murni.

“Menjadi tanggungja­wab kita bersama untuk mendidik dan menyemai semangat cintakan negara dalam masyarakat supaya erti kemerdekaa­n sentiasa dihayati,” jelasnya.

Teks ucapan beliau disampaika­n Penolong Pegawai Daerah Albert Gunting yang turut menyempurn­akan acara pelepasan konvoi KMJG ke Pitas.

Terdahulu, konvoi yang bermalam di Kudat dilepaskan oleh Pembantu Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Chong Chen Bin di Bangunan Urusetia Daerah Kudat, kira-kira jam 8.30 pagi semalam.

Konvoi KMJG sebelum itu singgah di Pejabat Pengurus Zon Utara Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) dan SK Lok Yuk Sikuati untuk acara sambutan kemedekaan serta edaran Jalur Gemilang oleh ketua konvoi, Azman Sipan.

Turut diedarkan, risalah mengenai jenama perkhidmat­an TV dan radio digital percuma, MyFreeview oleh Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

 ??  ?? PELEPASAN: Chong menyempurn­akan acara pelepasan konvoi KMJG ke Kota Marudu.
PELEPASAN: Chong menyempurn­akan acara pelepasan konvoi KMJG ke Kota Marudu.
 ??  ?? KENANGAN: Guru Besar SK Lok Yuk Sikuati Rosmieh Gata (tengah) mengabadik­an kenangan bersama para peserta konvoi KMJG 2019.
KENANGAN: Guru Besar SK Lok Yuk Sikuati Rosmieh Gata (tengah) mengabadik­an kenangan bersama para peserta konvoi KMJG 2019.
 ??  ?? TERBAIK: Anggota trafik, Kpl Roslin Daud ketika menerima risalah MyFreeview daripada salah seorang kakitangan MCMC.
TERBAIK: Anggota trafik, Kpl Roslin Daud ketika menerima risalah MyFreeview daripada salah seorang kakitangan MCMC.
 ??  ?? SINGGAH: Konvoi singgah dan mengedarka­n risalah mengenai MyFreeview dan Jalur Gemilang di Pejabat Pengurus Zon Utara SESB.
SINGGAH: Konvoi singgah dan mengedarka­n risalah mengenai MyFreeview dan Jalur Gemilang di Pejabat Pengurus Zon Utara SESB.
 ??  ??
 ??  ?? PESERTA: Chong bergambar bersama para peserta konvoi KMJG Japen Sabah 2019 di perkaranga­n Bangunan Urusetia Daerah Kudat.
(Gambar bawah) SWAFOTO: Para murid SK Lok Yuk Sikuati seronok ketika swafoto dirakam oleh para peserta konvoi KMJG 2019.
PESERTA: Chong bergambar bersama para peserta konvoi KMJG Japen Sabah 2019 di perkaranga­n Bangunan Urusetia Daerah Kudat. (Gambar bawah) SWAFOTO: Para murid SK Lok Yuk Sikuati seronok ketika swafoto dirakam oleh para peserta konvoi KMJG 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia