Utusan Borneo (Sabah)

Gabungan kepakaran memasak, merakam foto

- Jabatan Penerangan Artikel

MINAT dan kasih sayang yang dicurahkan dalam masakan, ditambah dengan ketelitian dan kesempurna­an menyiapkan hidangan, hingga terhasil sebuah karya indah hasil tangan isteri kesayangan Ketua Menteri, Datin Seri Shuryani Datuk Shuaib.

Masakan yang enak itu pula dirakam secara bersahaja, dengan pencahayaa­n yang semula jadi oleh sahabat lama Shuryani iaitu juru foto terkenal Amri Ginang, membangkit­kan rasa dan selera pada mata sesiapa sahaja yang memandang.

Amri yang ditemui pada Majlis Perasmian buku resipi bertajuk

‘Curry Leaves’ hasil tulisan Shuryani akui merakam foto makanan mempunyai cabarannya yang tersendiri, lebihlebih lagi dia merupakan seorang juru foto komersil yang sering merakam foto untuk jenama-jenama terkenal antarabang­sa.

“Sudah tentu pengalaman bekerja dengan Datin Seri sangat berbeza, kerana dia bukan seperti chef biasa, dia seorang kawan dan juga isteri kepada Ketua Menteri.

“Namun, semuanya ini terhasil kerana minatnya kepada dunia masakan, dan saya berasa selesa kerana dia membenarka­n saya merakam foto-foto itu mengikut kehendak dan kreativiti saya.

“Beliau tidak ingin campur tangan dalam fotografi, maka dengan gabungan kepakaran kami, iaitu memasak dan merakam gambar, maka terhasilla­h buku ini,” ujarnya.

Kata Amri, dia dan Shuryani telah berkawan sejak kecil, dan Shuryani yang dikenaliny­a memang gemar memasak, malahan lauk kegemarann­ya ialah kari kepala ikan.

“Apabila Datin Seri masak untuk keluarga dan kawan-kawan, mereka akan tanya beliau bila mahu kongsi resipi? Bila sudah ramai yang bertanyaka­n resipi, Datin Seri kata, mengapa tidak dia keluarkan sebuah buku resepi.

“Apabila dia utarakan cadangan itu, maka saya memberinya pendapat untuk membuat sebuah buku yang ringkas manakala fotonya pula tidak perlu begitu menonjol hingga perlu dirakam di dalam studio dan jika anda lihat foto-foto yang ada di dalam buku itu semuanya saya ambil secara terus ketika dia sedang memasak.

“Apa yang lebih menarik, Datin Seri lebih suka melakukan semuanya sendiri bermula daripada mencari bahan mentah di pasar hingga memotong bawang kerana beliau sangat cerewet dalam pemilihan dan penyediaan bahan dan dia juga mengutamak­an kesempurna­an dalam masakan,” jelasnya.

Menurut Amri juga, proses menyiapkan buku itu sebenarnya hanya mengambil tempoh enam bulan sahaja, tetapi ditangguhk­an pelancaran­nya ke tarikh yang sesuai walaupun segala-galanya sudah selesai disiapkan dua tahun yang lalu.

“Ini kerana, keseluruha­n proses sangat ringkas dan Datin Seri akan panggil saya setiap kali beliau ingin masak dan saya akan terus mengambil gambargamb­ar itu... itu jualah keunikan pada buku ini, kerana dirakam tanpa penggunaan studio. “Saya merakamkan­nya tanpa perancanga­n sama sekali, tiada penetapan cahaya seperti kebiasaann­ya dan saya hanya ikut kata hati sahaja, apa yang saya lihat menarik saya terus

memeriahka­n lagi foto itu, saya kekalkan ia secara semula jadi,” terangnya.

Amri turut berkongsi pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan apabila dirinya terjatuh telentang ketika sesi merakam foto.

“Ketika itu, kami seramai tiga orang dalam keadaan kelam kabut di dapur untuk menyiapkan empat jenis menu.

“Saya turut membantu Datin Seri memasak apabila saya terpelecok lantas terjatuh kerana tidak menyedari keadaan lantai yang licin.

“Namun, mujur tiada kecederaan yang serius berlaku dan walaupun begitu kami teruskan juga memasak dan merakam gambar, dan pada saya itu antara pengalaman yang istimewa,” ujarnya ceria.

Amri turut berharap agar pembaca faham bahawa buku resipi itu bukanlah buku yang berkonsepk­an komersil.

“Buku ini bersifat peribadi, dan ia dapat menjelaska­n mengenai keperibadi­an serta minat Datin Seri pada masakan, ditambah lagi semua resipi juga ialah pilihannya sendiri dan hasil masakan ialah air tangannya juga.

“Ia bermaksud bahawa Datin Seri bukanlah ingin mengkomers­ilkan resipi-resipi yang popular, kerana ada juga antaranya tidak popular tetapi merupakan

kegemarann­ya, jadi beliau ketengahka­n.

“Justeru, saya hanya mengharapk­an pengertian daripada pembaca serta memahami keringkasa­n cara Datin Seri menghasilk­an masakan itu serta kasih sayang yang sebenarnya ingin ditonjolka­n dalam masakan Melayu,” katanya.

Buku resipi Curry

Leaves hasil tulisan Shuryani dilancarka­n oleh Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew di salah sebuah hotel terkemuka pada Selasa dan turut dihadiri oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai tanda kasih dan sokongan kepada isteri tersayang.

 ??  ?? SIMBOLIK: Helaian daun kari menyirami buku resipi simbolik pelancaran majlis berkenaan.
SIMBOLIK: Helaian daun kari menyirami buku resipi simbolik pelancaran majlis berkenaan.
 ??  ?? DEMONSTRAS­I: Shuryani membuat demonstras­i masakan kari kepala ikan.
DEMONSTRAS­I: Shuryani membuat demonstras­i masakan kari kepala ikan.
 ??  ?? rakamkan tanpa perlu
(Gambar kiri) RESIPI: Antara resipi berserta foto menarik yang ada di dalam Curry Leaves.
rakamkan tanpa perlu (Gambar kiri) RESIPI: Antara resipi berserta foto menarik yang ada di dalam Curry Leaves.
 ??  ?? BANGGA: Amri bangga dapat membantu teman lamanya dalam penghasila­n Curry Leaves.
BANGGA: Amri bangga dapat membantu teman lamanya dalam penghasila­n Curry Leaves.
 ??  ?? MINAT MASAKAN: Buku resipi Curry Leaves tonjolkan minat dan kasih Shuryani kepada masakan.
MINAT MASAKAN: Buku resipi Curry Leaves tonjolkan minat dan kasih Shuryani kepada masakan.
 ??  ?? KEBANGGAAN: Curry Leaves kebanggaan Shuryani diterbitka­n oleh Yayasan Insaniah.
KEBANGGAAN: Curry Leaves kebanggaan Shuryani diterbitka­n oleh Yayasan Insaniah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia