Utusan Borneo (Sabah)

Mukhayyam Bahasa Arab 2.0: Pecutan terakhir sebelum PT3

-

MUKHAYYAM Bahasa Arab 2.0 yang melibatkan pelajar tingkatan tiga dari tiga sekolah di Tawau iaitu SMK Umas-Umas, SMK Merotai Besar dan SMK Pasir Putih telah meningkatk­an keyakinan mereka berkomunik­asi dan menyelesai­kan soalan berkaitan mata pelajaran Bahasa Arab.

Program anjuran Unit Kelas Aliran Agama SMKUT bersama Persatuan Bahasa Arab, Universiti Malaya itu diadakan di SMK Umas-Umas. Ia melibatkan dua modul utama iaitu program motivasi dan pecutan terakhir bagi caloncalon yang akan menduduki peperiksaa­n PT3 tidak lama lagi.

Ketua Fasilitita­tor Muhammad Syafiq Shoif berkata seramai tujuh mahasiswa Persatuan Bahasa Arab dan seorang pensyarah terlibat dalam program berkenaan.

“Saya mengharapk­an agar program yang dianjurkan ini memberi manfaat serta panduan berguna kepada pelajar ketika menduduki peperiksaa­n PT3 nanti, seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang. Program ini merupakan salah satu Khidmat Pendidikan Universiti Malaya kepada masyarakat dengan tema ‘Berbakti tanpa sempadan’,” katanya.

Penyelaras Unit Kelas Aliran Agama SMK UmasUmas Nurul Ashiqin Annuar berkata, seramai 60 pelajar dari daerah Tawau mengambil bahagian dalam program berkenaan.

“Saya melihat pelajar melaksanak­an aktiviti yang dijalankan dengan baik serta aktif dalam sesi soal jawab. Aktiviti yang dijalankan berjaya meningkatk­an keupayaan berkomunik­asi dan kemampuan pelajar menjawab kertas soalan Bahasa Arab selain memupuk kerjasama antara pelajar yang terdiri dari pelbagai sekolah dalam melaksanak­an aktiviti.

“Saya juga berharap agar program ini akan diteruskan pada masa akan datang dalam memastikan Bahasa Arab menjadi pilihan pelajar sekolah dari sekolah kerana melihat banyak prospek kerjaya yang boleh diceburi sama ada di dalam mahupun di luar negara,” katanya.

Bagi pelajar SMK Umas-Umas, Nurul Syahira Ridzal Affendy, tunjuk ajar pensyarah dan fasilitato­r memberi keyakinan kepadanya untuk menghadapi PT3 nanti.

Katanya, walaupun banyak perkara telah diajar di sekolah sebelum ini, namun terdapat juga perkara baharu khususnya teknik menjawab soalan serta penggunaan tatabahasa yang betul diajar sepanjang program berjalan.

Sementara itu, Mohamad Azmie Abdul Jalil berkata, pengalaman menimba ilmu daripada pensyarah dan fasilitato­r sepanjang program itu amat berguna kepadanya serta rakan lain bagi menghadapi PT3.

“Banyak panduan berguna yang saya peroleh terutamany­a mengenai teknik menjawab soalan serta bagaimana memperoleh markah yang tinggi ketika menjawab soalan nanti.

“Selain itu, pengalaman yang diperoleh di sini dapat dikongsi dengan rakan lain yang tidak berpeluang turut serta dalam program ini,” tambahnya.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Mukhayyam Bahasa Arab 2.0 termasukla­h ice breaking, latihan dalam kumpulan yang menumpukan kepada kebolehan pelajar menulis, membaca dan bertutur dalam Bahasa Arab, aktiviti luar bilik darjah seperti explorace, gubahan lagu menggunaka­n lirik Bahasa Arab, malam kebudayaan, Qiamullail, dan program lambaian syahdu yang memberi kesedaran kepada pelajar mengenai kepentinga­n Bahasa Arab.

Selain itu, program perkongsia­n pengalaman fasilitato­r mengenai kursus yang ditawarkan di Universiti Malaya dan diakhiri dengan tips serta panduan bagi menghadapi Peperiksaa­n PT3.

 ??  ?? ALBUM: Para peserta merakam gambar kenangan bersama ahli jawatankua­sa program berkenaan.
ALBUM: Para peserta merakam gambar kenangan bersama ahli jawatankua­sa program berkenaan.
 ??  ?? AKTIVITI: Perkongsia­n fasilitato­r bersama peserta.
AKTIVITI: Perkongsia­n fasilitato­r bersama peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia