Utusan Borneo (Sabah)

19 notis, kompaun dikeluar

Ops Penguatkua­saan Bersepadu Antara Jabatan 2019

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Sebanyak 19 notis dan satu kompaun telah dikeluarka­n kepada kontraktor dalam Operasi Penguatkua­saan Bersepadu Antara Jabatan 2019 yang diadakan di sebuah tapak pembinaan di Batu 1 Setengah, di sini semalam.

Daripada jumlah itu, tujuh notis dikeluarka­n Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang meliputi Seksyen 33A(6) dan Seksyen 27.

Pengurus Cawangan CIDB Mohd Hanif Abdul Rahman berkata, dua seksyen itu melibatkan kesalahan mengambil penyelia tapak binaan dan pekerja binaan mahir yang tidak diakredita­si serta menghendak­i butirbutir mengenai kontraktor dan projek.

Pihaknya juga mengenal pasti seramai 97 pekerja tidak berdaftar dan 155 pekerja yang belum diakredita­si.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas menyertai Operasi Penguatkua­saan Bersepadu Antara Jabatan 2019 bersama enam agensi kerajaan yang lain.

Antaranya, Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS), Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Suruhanjay­a Tenaga Negeri Sabah (ST) dan Akademi Binaan Malaysia (ABM).

Menerusi operasi itu juga, lapan notis telah dikeluarka­n oleh JKKP atas kesalahan di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967 serta Akta Keselamata­n dan Kesihatan 1994.

Sementara itu, JKNS mengeluark­an dua notis dengan kompaun bernilai RM1,500 selepas menemukan tempat pembiakan larva, dan ST mengeluark­an dua notis bagi kesalahan pemadam api tidak disediakan serta pemadam api telah tamat tempoh.

Dalam operasi yang sama, seramai 244 pekerja telah diperiksa dan daripada jumlah itu, seramai 84 orang telah ditahan JIM kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

M oh d H ani f berkata, operasi bersepadu itu dijalankan untuk mewujudkan kerjasama antara jabatan dan agensi yang menguatkua­sakan peraturan atau undang-undang masingmasi­ng di tapak binaan supaya tugas-tugas penguatkua­saan menjadi lebih mudah dan efektif.

Jelasnya, tujuan dan objektif operasi itu adalah untuk memberi kesedaran dan mendidik semua pemain industri pembinaan agar mematuhi keperluan perundanga­n dan peraturan standard operasi (SOP) di tapak binaan terutamany­a di bawah Akta 520 dan akta lain yang berkaitan.

Untuk rekod, bagi tahun ini, sebanyak 54 notis telah dikeluarka­n kepada kontraktor Sandakan meliputi Tongod, Telupid, Beluran dan Kinabatang­an manakala, sebanyak 12 kertas siasatan telah dibuka ke atas kontraktor yang meliputi pelbagai kesalahan.

 ??  ?? PERIKSA: Pekerja binaan diperiksa dalam pelbagai segi oleh agensi kerajaan yang terlibat operasi itu.
PERIKSA: Pekerja binaan diperiksa dalam pelbagai segi oleh agensi kerajaan yang terlibat operasi itu.
 ??  ?? KUMPUL: PARA pekerja binaan dikumpulka­n untuk pemeriksaa­n.
KUMPUL: PARA pekerja binaan dikumpulka­n untuk pemeriksaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia