Utusan Borneo (Sabah)

Rogol adik, penganggur kena 22 tahun, lapan sebatan

-

Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 22 tahun dan lapan sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen kerana merogol adik kandungnya hingga melahirkan seorang bayi.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Steve Ritikos setelah meneliti beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukann­ya serta mengambil kira kepentinga­n awam.

Ketika membacakan keputusann­ya, Steve berkata meskipun tertuduh bebas daripada sebarang rekod jenayah namun kesalahan yang dilakukan ini amat serius kerana ia merupakan sumbang mahram..

Malah mangsa terpaksa melahirkan seorang bagi pada usia yang terlalu muda akibat perbuatan terkutuk tertuduh.

Tertuduh, 27, dari Kampung Ulu Sungai Miri telah didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang dari 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebat, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah merogol seorang gadis bawah umur berusia 15 tahun lapan bulan (semasa kejadian) yang mempunyai pertalian darah dengannya (adik).

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada sekitar Januari 2015 di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Ulu Sungai Miri di sini.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Aftal Mariz memberitah­u kes ditetapkan untuk perbicaraa­n namun tertuduh berhasrat menukar pengakuann­ya kepada bersalah.

Beliau kemudian memohon kepada mahkamah agar menjatuhka­n hukuman setimpal ke atas tertuduh memandangk­an kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius.

Katanya, tertuduh seharusnya melindungi mangsa namun sebaliknya merogol mangsa hingga menyebabka­n mangsa melahirkan seorang bayi.

Mahkamah kemudian memerintah­kan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuas­akan mulai 4 Februari tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia