Utusan Borneo (Sabah)

Buruh disyaki cabul anak dicekup

Suspek berjaya ditangkap selepas dipercayai melarikan diri susulan laporan oleh isterinya sendiri

-

KUCHING: Seorang buruh yang dipercayai melarikan diri selepas didakwa mencabul anak perempuann­ya baru-baru ini berjaya ditangkap di hadapan sebuah rumah di Kampung Selang Ulu di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan berkata, suspek, 32, ditangkap sekitar jam 7.30 malam selepas operasi memburunya dilancarka­n susulan laporan polis yang dibuat isterinya.

“Laporan dibuat sekitar jam 2 pagi Selasa oleh isteri suspek sendiri dan sejurus itu, beberapa anggota kita telah membuat serbuan ke atas rumah suspek, namun suspek tidak kelihatan dipercayai melarikan diri.

“Operasi memburu suspek dilancarka­n sehingga dia berjaya ditangkap sekitar jam 7.30 malam tadi (Selasa),” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Menurut Aidil, suspek disyaki beberapa kali mencabul anak perempuann­ya yang berusia lapan tahun dengan menggesel kemaluanny­a di punggung serta kemaluan mangsa.

Tambahnya, kejadian terbaharu dipercayai berlaku pada Isnin lalu selepas disedari isteri suspek sendiri yang juga ibu mangsa.

“Hasil soal siasat suspek juga mendapati dia mengaku tidur dengan anaknya dan ada menggesel kemaluanny­a pada mangsa, namun dia menyangkal dakwaan mencabul atau merogol anaknya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Mangsa yang merupakan murid darjah dua sebuah sekolah rendah di Matang telah diarahkan menjalani pemeriksaa­n kesihatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

 ??  ?? TANGKAP: Suspek kes cabul anak perempuan berjaya diberkas untuk siasatan lanjut.
TANGKAP: Suspek kes cabul anak perempuan berjaya diberkas untuk siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia