Utusan Borneo (Sabah)

Suami isteri disyaki dera bayi hingga mati direman tujuh hari

-

Sepasang suami isteri yang ditangkap kerana disyaki mendera bayi lelaki mereka berusia lapan bulan sehingga mati diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman tujuh hari.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Md. Syafique Md. Hilmie setelah membenarka­n permohonan reman yang dikemukaka­n pegawai penyiasat ASP Soliment Nyian.

Dalam permohonan­nya, Soliment memberitah­u sekitar jam 8.44 pagi, 20 Ogos lalu, seorang lelaki berusia 36 tahun telah membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri berhubung kematian bayinya yang berusia lapan bulan dengan menyatakan bayi tersebut mati mengejut.

Manakala laporan polis dibuat untuk tujuan rujukan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) bagi mendapatka­n sijil kematian.

Bagaimanap­un, pihak polis yang mencurigai punca kematian bayi terbabit setelah mendapati banyak kesan dipercayai akibat penderaan pada badan mangsa (bayi) telah bertindak menangkap pasangan terbabit sekitar jam 3 petang, 20 Ogos lalu di pekarangan Balai Polis Pusat Miri.

Terdahulu katanya, bayi malang itu telah dihantar ke Hospital Miri sekitar jam 7 pagi setelah berada dalam keadaan lemah sejak jam 5 pagi kelmarin.

Ketika diperiksa oleh doktor, bayi terbabit disahkan sudah tidak bernyawa.

Dalam permohonan lanjutnya, Soliment berkata reman selama tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas kedua-dua suspek yang berusia 36 dan 42 tahun dari Pasar Siniawan, Bau amat diperlukan untuk membolehka­n polis melengkapk­an siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk membawa kedua-dua suspek ke hospital bagi mendapatka­n sampel darah selain pemeriksaa­n oleh pakar odontologi (forensik gigi) berikutan ada kesan gigitan pada kaki mangsa.

Mahkamah membenarka­n permohonan itu dan memerintah­kan pasangan suami isteri terbabit direman selama tujuh hari sehingga 28 Ogos ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia