Utusan Borneo (Sabah)

Struktur haram sepanjang saliran antara punca denggi

-

Struktur haram dibina di sepanjang laluan saliran dan perparitan oleh beberapa pemilik rumah di kawasan Taman Tunku, dikenal pasti antara faktor parit tersumbat sekali gus menyumbang kepada wabak denggi melanda kawasan berkenaan.

Datuk Bandar Miri Adam Yii berkata, di bawah peraturan kebersihan pihak berkuasa tempatan (PBT), termasuk Majlis Bandaraya Miri (MBM), adalah satu kesalahan bagi pemilik harta membina struktur haram di sepanjang laluan pengairan atau di atas parit.

Menurutnya, struktur haram seumpama itu telah menyukarka­n kontraktor MBM menjalanka­n kerja penyelengg­araan berjadual dan juga pelan dirancang pada masa depan, untuk menaik taraf sistem saliran kawasan itu.

“Ada penduduk di kawasan kediaman ini yang membina struktur haram di atas parit di kawasan kediaman mereka sama ada membina garaj kereta mereka atau untuk menternak ayam itik.

“Ini merupakan salah satu faktor menyebabka­n kebersihan yang agak teruk di kawasan Taman Tunku,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan tapak ke projek Dewan Bandaraya Miri di hadapan Taman Marina di kawasan Marina ParkCity kelmarin.

Mengulas lanjut, beliau berkata struktur haram yang dibina sepanjang laluan saliran dan perparitan di situ bukan masalah baharu yang dihadapi Majlis dan pelbagai tindakan penguatkua­saan telah diambil terhadap pemilik hartanah di kawasan berkenaan, namun masih ada yang berdegil dengan sikap tidak acuh terhadap perkara itu.

Justeru, bagi menangani perkara ini, pihak MBM bekerjasam­a Jabatan Tanah dan Survei (JTS) meminta pemilik rumah atau hartanah di situ supaya membuka atau meruntuhka­n struktur haram dan sambungan bangunan haram yang dibina mereka di atas dan sepanjang laluan perparitan.

“Bagaimanap­un, saya rasa kaedah terbaik untuk memperbaik­i keadaan kebersihan di Miri khususnya Taman Tunku untuk jangka panjang adalah melalui aktiviti dan penglibata­n masyarakat dalam program kesedaran dan pendidikan alam sekitar.

“Kami kini mencari cara terbaik bagaimana untuk melibatkan masyarakat supaya mereka lebih mengetahui lebih banyak cara menjaga aspek persekitar­an khususnya aspek kebersihan,” katanya.

“Selain mengambil tindakan penguatkua­saan, saya fikir ia akan menjadi lebih berkesan dengan menjalanka­n lebih banyak aktiviti penglibata­n komuniti, kerana jika tidak, rakyat tidak akan melakukan perkara yang betul dan masalah itu akan kembali lagi tanpa ada kesudahann­ya,” tambahnya.

Adam berkata untuk penyelesai­an jangka panjang, MBM akan bekerjasam­a dengan penduduk setempat untuk meningkatk­an aspek kebersihan alam sekitar di kawasan mereka.

Mengenai kes denggi yang dilaporkan di Taman Tunku, beliau menegaskan bahawa MBM akan terus menjalanka­n aktiviti gotong-royong di kawasan tersebut.

Setakat ini hanya Taman Tunku diisytihar­kan sebagai kawasan wabak denggi di Miri oleh Jabatan Kesihatan Sarawak dengan 49 kes dilaporkan bagi tempoh Januari hingga 12 Ogos 2019 berbanding tempoh yang sama pada 2018, yang merekodkan sifar kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia