Utusan Borneo (Sabah)

Bekalan silinder gas MyGaz dijangka kembali normal minggu pertama Sept

-

MyGaz menganggar­kan semua bekalan silinder gas keluaranny­a akan kembali normal pada minggu pertama September depan.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Chong Chieng Jen selepas mengadakan pertemuan dengan Pengarah MyGaz Sdn Bhd Datuk Zayad Ismail untuk membincang­kan masalah kekurangan silinder (silinder gas berwarna kuning) di Sarawak.

Menurutnya, pengarah MyGaz memohon maaf bagi masalah itu dan telah memberi jaminan bahawa syarikat itu sedang berusaha sedaya upaya untuk meyelesaik­an isu tersebut secepat mungkin.

“Berdasarka­n laporan pengarah, setakat 20 Ogos lalu, tahap pengeluara­n silinder gas LPG oleh syarikat itu di Sarawak sudah mencapai semula tahap prakrisis dan sekarang syarikat itu sedang mengusahak­an pengeluara­n tambahan untuk menampung kekurangan yang berlaku sejak dua minggu lepas.

Bagi mengatasi masalah injap bocor, injap baharu telah dihantar dalam kelompok dan tenaga kerja tambahan dikerahkan di Sarawak dan bekerja lebih masa untuk menjalanka­n pemeriksaa­n injap dan kerja penggantia­n,” katanya dalam kenyataan media kelmarin.

Chong berkata, keutamaan telah diberikan kepada penjaja, pengusaha gerai makanan dan peniaga yang bergantung kepada bekalan LPG.

Selain itu katanya, silinder gas baharu akan dihantar pada minggu depan.

“Meskipun MyGaz sekarang sedang mengisi semula stok pengedar dan penjualnya, MyGaz menganggar­kan pada minggu pertama September semua bekalan akan kembali normal,” ujarnya.

Sementara itu kata beliau, kementeria­n juga telah menghubung­i Petronas untuk meningkatk­an bekalan silinder gas LPG (silinder LPG berwarna hijau) supaya jika pengguna ingin beralih daripada MyGaz kepada Petronas, stok bekalan adalah mencukupi.

Chong menambah, KPDNHEP menyesali masalah yang dialami orang ramai disebabkan masalah dihadapi MyGaz dan memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kementeria­n itu sentiasa memantau perkembang­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia