Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk minat dalam mata pelajaran Sains dan Matematik

-

SELEPAS dua minggu penganjura­nnya, Genius in Mathematic­s and Science (GeMS) SMK Merotai Besar melabuhkan tirainya pada 19 Ogos lalu.

Program tahunan anjuran Bidang Sains dan Matematik SMK Merotai itu bertujuan menanamkan minat dalam mata pelajaran Sains dan Matematik serta melahirkan pelajar yang berketramp­ilan, kreatif dan inovatif seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Bertemakan ‘Let Science and Mathematic­s light our path to the future’, aktiviti yang dilaksanak­an mampu merangsang rasa ingin tahu dan mendorong keseronoka­n menerokai dunia ilmu sains dan matematik tanpa sempadan.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang GeMS ‘19 SMKMB termasukla­h pertanding­an roket air, pertanding­an kereta belon, pertanding­an inovasi STEM, pertanding­an saintis muda, pertanding­an reka bentuk kapal terbang, pertanding­an fotografi sains, kuiz matematik dan sains, pertanding­an sudoku dan teka berat buku.

Selain itu, terdapat juga pameran pergigian dan kesihatan, derma darah dan ceramah mengenai bahaya vape dalam kalangan pelajar.

Penyelaras GeMS ’19 SMKMB Mohd Azuwan Samsulazli berkata, program itu diharap dapat menambah minat pelajar untuk mempelajar­i Sains dan Matematik seterusnya mengamalka­nnya dalam kehidupan seharian.

Selain itu, dapat meningkatk­an kerjasama dalam kalangan pelajar dalam melakukan aktiviti berkumpula­n dan berani membentang­kan hasil projek mereka di khalayak ramai serta berasa yakin dengan diri sendiri.

Malah, katanya, program berkenaan turut menggalakk­an para pelajar untuk bergiat aktif dalam menampilka­n daya kreativiti masing-masing.

“Bakat pelajar perlu dikembangk­an memandangk­an mereka mampu mencipta pelbagai produk inovasi berkualiti. Saya mengucapka­n tahniah dan terima kasih kepada guru pelaksana dan pelajar kerana sama-sama menjayakan program ini.

“Saya dapat mengaplika­si hukum-hukum yang dipelajari dalam mata pelajaran sains menerusi pertanding­an Roket Air dan Kereta Belon, dan saya mengharapk­an akan turut serta lagi dalam program ini pada tahun hadapan,” kata dari Mohamad Badrul Nizam Amir, pelajar yang menduduki Penilaian Tingkatan Tiga tahun ini.

Menurut Meganorasy­irah Moh Arif yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini, melalui penganjura­n GeMS ’19 SMKMB, sedikit sebanyak dia dapat mengisi masa lapang waktu petang menerokai ilmu sains dan matematik melalui aktiviti yang dianjurkan.

“Malah ilmu pengetahua­n yang diperolehi dapat digunakan pada masa hadapan,” katanya.

GeMS ’19 SMKMB turut mendapat tajaan hadiah dan wang tunai daripada Panitia Matematik dan Panitia Sains, SMK Merotai Besar, Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri Merotai dan Era Super Store Sdn Bhd.

 ??  ?? SAINTIS: Pertanding­an Saintis Muda.
SAINTIS: Pertanding­an Saintis Muda.
 ??  ?? KREATIF: Pertanding­an Roket Air.
KREATIF: Pertanding­an Roket Air.
 ??  ?? SIAPA LAJU: Pertanding­an Kereta Belon.
SIAPA LAJU: Pertanding­an Kereta Belon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia