Utusan Borneo (Sabah)

‘No Time To Die’ judul filem Bond terakhir lakonan Daniel Craig

-

FILEM James Bond akan datang yang terakhir memaparkan Daniel Craig sebagai 007 akan dipanggil ‘No Time To Die’ dan akan dikeluarka­n pada April, francais itu mengumumka­n Selasa lepas.

Filem ke-25 bagi saga perisik British itu akan menyaksika­n Bond dipujuk untuk keluar dari persaraan oleh rakannya yang juga ejen CIA Felix Leiter untuk menjalanka­n misi bahaya menyelamat­kan seorang saintis yang diculik, menurut ringkasan jalan cerita rasmi.

Penggambar­an sudah pun berjalan, tetapi diganggu oleh masalah.

Satu letupan di Pinewood Studios di Britain pada Jun lalu menggegark­an salah sebuah set penggambar­an, yang menyebabka­n kerosakan kepada pentas dan satu kecederaan ringan.

Akhbar The Sun berkata tiga letupan menggegark­an set selepas satu aksi ngeri yang salah, yang merobek sebahagian bumbung dan beberapa panel dinding.

Craig – yang akan berlakon sebagai pengintip legenda itu buat kali kelima – sebelum itu terpaksa menjalani pembedahan buku lali kecil selepas mengalami kecederaan di set penggambar­an di Jamaica.

Rami Malek yang memenangi anugerah Oscar membawa watak penjahat dalam filem yang sudah lama dinantinan­tikan itu, yang bakal menyaksika­n Craig berundur selepas lapan tahun menjadi 007.

‘No Time To Die’ juga akan menyaksika­n kemunculan semula Ralph Fiennes – sebagai ketua Bond – dan aktres Perancis, Lea Seydoux.

Pencipta ‘Fleabag’ yang dicalonkan untuk anugerah Emmy, Phoebe WallerBrid­ge, telah dilantik untuk menceriaka­n skrip, atas permintaan khas Craig, yang mahu menyuntik kelucuan sedikit ke dalam filem itu.

Penerbitan juga sudah beberapa kali tertangguh kerana pertikaian mengenai skrip, dan pengarah yang memenangi anugerah Oscar, Danny Boyle, meninggalk­an projek itu pada tahun lepas untuk digantikan oleh pengarah ‘Beasts of No Nation’ Cary Fukunaga.

Filem itu dijadual dibuka di pawagam di Britain pada 3 April dan di Amerika Syarikat lima hari kemudian. — AFP

 ?? — Gambar AFP/Reuters ?? ‘NO TIME TO DIE’: Rami Malek (gambar kanan) yang memenangi anugerah Oscar membawa watak penjahat dalam filem yang sudah lama dinanti-nantikan itu, yang bakal menyaksika­n Craig berundur selepas lapan tahun menjadi 007.
— Gambar AFP/Reuters ‘NO TIME TO DIE’: Rami Malek (gambar kanan) yang memenangi anugerah Oscar membawa watak penjahat dalam filem yang sudah lama dinanti-nantikan itu, yang bakal menyaksika­n Craig berundur selepas lapan tahun menjadi 007.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia