Utusan Borneo (Sabah)

Jasa dan pengorbana­n tentera patut dihargai

- Oleh Abd Naddin Hj Shaiddin

KOTAKINABA­LU:Jasadanpen­gorbanan

anggota tentera sepatutnya dihargai kerana tanpa mereka, masyarakat tidak mungkin dapat menjalani kehidupan dengan harmoni dan menjalanka­n perniagaan dengan selesa.

Seorang anggota Veteran Rejimen ke-2 Renjer Malaysia, Nordin Abdullah (gambar) berkata anggota tentera berkorban memastikan keselamata­n dan keamanan negara sentiasa terjamin bagi membolehka­n masyarakat berbilang kaum hidup dengan aman.

Beliau berkata, pihak tertentu tidak sepatutnya mengeluark­an kenyataan yang kasar yang boleh disifatkan seolaholah menghina perjuangan angkatan tentera.

Katanya, kenyataan seorang ahli perniagaan, Koon Yew Yin, yang mengatakan anggota tentera ‘hanya makan dan tidur sahaja malah ramai yang tidak pernah menembak’ jelas mempersend­a pengorbana­n anggota tentera.

Nordin mengingatk­an agar Koon tidak mengulangi kenyataan provokatif yang menyinggun­g perasaan anggota tentera yang masih berkhidmat dan juga veteran yang pernah berkhidmat melindungi negara.

“Adakah Koon Vew Yin tidak tahu masyarakat Cina dan India juga berkhidmat dalam ATM terutamany­a dalam Renjer Malaysia?

“Saya sendiri mempunyai pengalaman menentang komunis semasa berkhidmat dalam ATM dahulu di Semenanjun­g Malaysia dan Sarawak. Malah saya pernah menembak dan membunuh pengganas komunis yang menjadi musuh negara.

“Maka dengan itu, saya mewakili Veteran Renjer mendesak Kementeria­n Pertahanan untuk mengambil tindakan tegas terhadap kenyataan Koon Yew Yin supaya tidak mengulangi perbuatann­ya yang boleh menggores hati,” katanya.

Beliau menyeru agar anggota masyarakat terus menghargai perjuangan anggota tentera yang sanggup berjuang demi keselamata­n dan keamanan negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia