Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan akan percepat urusan beri kelulusan pembanguna­n

- Saddam Edris Oleh

KOTA KINABALU:

Kerajaan negeri akan memberi kerjasama baik kepada pihak swasta dan pelabur dalam usaha mempercepa­tkan sebarang urusan berkaitan proses mendapatka­n lesen pembanguna­n.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata usaha itu sedang giat dilaksanak­an oleh kerajaan negeri dalam membantu merancakka­n aktiviti pelaburan, sekali gus pertumbuha­n ekonomi Sabah.

“Saya sudah memberi arahan kepada semua agensi terlibat dalam memberi kelulusan sama ada berkaitan pembanguna­n dan lain-lain, supaya prosesnya dipercepat­kan.

“Kita tidak mahu pihak pelabur dan usahawan dibebankan dengan kelewatan untuk membangunk­an apa juga sektor perusahaan yang mereka mahu laksanakan,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Hotel Grand Liberty (GL), di sini pada semalam.

Tambah Shafie, setiap pemberian kelulusan itu tidak akan mengambil masa bertahun-tahun lamanya, tetapi tertakluk kepada isu berkaitan sama ada tanah, keselamata­n dan sebagainya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Kewangan mengalu-alukan kehadiran pelabur luar ke Sabah dan beliau yakin usaha itu pasti memenuhi keperluan negeri, sekali gus memberi lebih banyak keuntungan kepada pelabur.

Beliau berkata, usaha itu bukan sahaja memberi manfaat kepada pihak swasta, pelabur dan kerajaan, tetapi akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada generasi akan datang.

Ia kerana, katanya, kerjasama itu bukan sahaja melibatkan pelaburan antara dua pihak, tetapi melibatkan lebih banyak pihak berkaitan dalam sektor pembinaan seperti proses pembelian simen, perabot, pengangkut­an dan sebagainya.

“Kita alu-alukan supaya mereka (pelabur) dapat melabur sebanyak mungkin kewangan mereka yang ada untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak-anak kita.

“Peluang pekerjaan bukan hanya dalam hotel, tetapi juga melibatkan sektor pembinaan... sudah pasti ini akan memberi ruang keadaan ekonomi semakin sihat dan meningkat,” katanya.

 ??  ?? CENDERAHAT­I: Pengarah Grand Liberty Sdn Bhd Datuk Tan Kar Leong (dua kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Shafie (empat kanan) selepas menyempurn­akan Majlis Pecah Tanah Hotel Grand Liberty, semalam.
CENDERAHAT­I: Pengarah Grand Liberty Sdn Bhd Datuk Tan Kar Leong (dua kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Shafie (empat kanan) selepas menyempurn­akan Majlis Pecah Tanah Hotel Grand Liberty, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia