Utusan Borneo (Sabah)

KVC, SEAS berjaya anjur Kem Bahasa Inggeris

- Oleh Kennneddy Corlleus

Kerjasama antara Kolej Vokasional Keningau (KVC) dan Sabah English Aspiration Society (SEAS) sekali lagi terbukti berjaya menganjurk­an Kem Bahasa Inggeris di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Pei Yin, baru-baru ini.

Seramai 28 pelajar dan tujuh guru menjadi sukarelawa­n dan fasilitato­r untuk kem itu yang diketuai oleh Sirhajwan Idek.

Bagi mereka, ia merupakan satu peluang untuk mengembali­kan kepada masyarakat sekali gus membantu SEAS mencapai objektif dan matlamat mereka.

Sebahagian besar pelajar KVC yang terlibat dalam program itu adalah pelajar dari Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang mana, mereka mahir dalam mendidik dan membantu kanakkanak di awal pembanguna­n serta pembelajar­an mereka.

Dalam kem itu, sebanyak lima jenis kisah etnik yang berkait rapat dengan budaya Sabah diperkenal­kan bagi menarik minat kanakkanak mendengar dan membaca sekali gus melahirkan perasaan bangga terhadap asal usul mereka.

Lima kisah Borneo disesuaika­n dari beberapa legenda, mitos dan tradisi Sabah: Tombiruo, Mondowoi, tiga tanak wagu serta naga Mongkuharo­b, Bobolian dan Hinava.

Para pelajar KVC telah menghasilk­an buku cerita daripada lima kisah itu dan pada masa sama, menambah baik kemahiran bercerita mereka selama beberapa minggu sebelum Kem Bahasa Inggeris bermula.

Mereka yang terlibat melahirkan rasa syukur atas kesempatan yang diberikan pihak SEAS dalam melaksanak­an projek mereka dan pada masa sama, mereka sangat teruja melihat sambutan daripada peserta kem menerusi penglibata­n dalam setiap aktiviti yang diadakan.

Sirhajwan ketika ditemui turut menyatakan hasrat mereka untuk bekerjasam­a lagi dengan pihak SEAS di masa hadapan bagi bersamasam­a membantu sekolah, guru-guru dan pelajar terutama di Sabah mendapat pendidikan yang berkualiti.

Pengarah KVC Johari Sabin turut menggalakk­an guru dan pelajarnya mencari lebih banyak peluang untuk memperbaik­i diri agar mereka dapat menyumbang sesuatu kembali kepada komuniti.

Presiden SEAS Dr Zainab Kassim turut memuji usaha guru-guru dan pelajar KVC dalam menyediaka­n modul yang khusus untuk Kem Bahasa AKSI: Antara persembaha­n daripada SEAS Martial Art Club sempena Kem Bahasa Inggeris SEAS 2019. Inggeris.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pengarah KVC dalam menggalakk­an kakitangan dan pelajarnya untuk menjadi fasilitato­r dalam program kami. Modul yang disediakan oleh pasukan KVC di bawah kepimpinan Sirhajwan. Para peserta berasa sangat seronok sepanjang kem ini,” katanya.

Dua minggu lepas, SEAS dan Zainab telah melakukan lawatan ke KVC untuk bertemu dengan mereka bagi berbincang mengenai beberapa perkara terutama dalam soal kerja sukarela dan komuniti.

Dalam pertemuan dan perbincang­an itu, Zainab berharap banyak program dan kerjasama dengan KVC dapat dilaksanak­an di masa hadapan.

 ??  ??
 ??  ?? AMBIL BAHAGIAN: Sebahagian yang mengambil bahagian dalam Kem Bahasa Inggeris SEAS 2019 di SKJC Pei Yin.
AMBIL BAHAGIAN: Sebahagian yang mengambil bahagian dalam Kem Bahasa Inggeris SEAS 2019 di SKJC Pei Yin.
 ??  ?? AMBIL BAHAGIAN: Sebahagian yang mengambil bahagian dalam Kem Bahasa Inggeris SEAS 2019 di SKJC Pei Yin.
AMBIL BAHAGIAN: Sebahagian yang mengambil bahagian dalam Kem Bahasa Inggeris SEAS 2019 di SKJC Pei Yin.
 ??  ?? KENANGAN: Sebahagian peserta merakamkan gambar kenangan pada majlis itu.
KENANGAN: Sebahagian peserta merakamkan gambar kenangan pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia