Utusan Borneo (Sabah)

Sabah perlu bermain lebih baik

Piala Malaysia

- Oleh Vitalis G Bingkasan

Kegagalan mengutip sebarang mata pada pusingan pertama menjadikan misi kami semakin sukar tetapi selagi peluang masih ada, kami akan berusaha semampu mungkin untuk ” buat yang terbaik.

JELIUS ATING Ketua jurulatih

KOTA KINABALU: Tambadau Sabah mengharung­i misi memburu maksima sembilan mata dari baki tiga pelawanan dalam saingan Kumpulan C Piala Malaysia bermula menentang Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan, esok (Sabtu).

Ia adalah pertemuan kedua bagi kedua-dua pasukan dalam tempoh seminggu selepas pertemuan pertama di Stadium Likas, Sabtu lalu yang juga perlawanan terakhir pusingan pertama yang berpihak kepada Pahang dengan kemenangan 2-1.

Sabah gagal mengutip sebarang mata dari tiga perlawanan di pusingan pertama untuk memulakan pusingan kedua esok di tangga tercorot di kalangan empat pasukan.

Sambil itu, Pahang kini mendahului selepas mengutip maksima sembilan mata manakala Perak dan Pulau Pinang masing-masing mengumpul empat mata.

“Kegagalan mengutip sebarang mata pada pusingan pertama menjadikan misi kami semakin sukar tetapi selagi peluang masih ada, kami akan berusaha semampu mungkin untuk buat yang terbaik.

“Misi kami sekarang ialah memburu maksima sembilan mata dari baki tiga perlawanan kerana keputusan ini sahaja yang boleh memberikan kami peluang..jika dapat kotakan misi ini dan dibantu dengan keputusan perlawanan pasukan lain memihak kepada kami, peluang ke pusingan seterusnya (suku akhir) masih ada,” kata ketua jurulatih Jelius Ating ketika ditemui sebelum mengendali­kan latihan di Stadium Likas kelmarin.

Menurutnya, persiapan berjalan lancar dan mereka telah berusaha memperbaik­i kelemahan yang ada terutama dari segi keyakinan menguasai bola dan menyudahka­n peluang.

“Amat penting untuk kami cukup bersedia bagi memastikan prestasi pasukan lebih baik berbanding pada pusingan pertama.

“Kita akan fikirkan perlawanan di hadapan satu persatu. Pertemuan dengan Pahang Sabtu ini bukan mudah kerana kita baru kalah dengan mereka di halaman sendiri.

“Apapun saya fikir kami sudah bersedia sepenuhnya dan akan bekerja keras. Saya masih percaya bahawa dalam bola sepak, apa-apapun boleh berlaku...kalau Pahang boleh mengatasi kita di sini mungkin kita juga boleh mengatasi Pahang di tempat mereka sendiri,” katanya.

Jelius berkata, berhadapan pasukan seperti Pahang memerlukan Sabah mengelakka­n dari melakukan banyak kesilapan sendiri termasuk lalai teruama ketika menerima tekanan.

Katanya, pada pertemuan pertama, Sabah banyak melakukan kesilapan dan hilang tumpuan sehingga ketinggala­n 2-0 pada separuh masa pertama.

“Bagaimanap­un kami menunjukka­n peningkata­n prestasi baik pada separuh masa kedua dan mencipta banyak peluang tetapi hanya satu dapat disudahkan.

“Harap-harap kami akan bermain lebih baik kali ini dan lebih bijak memanfaatk­an peluang yang ada,” katanya.

Jelius membayangk­an akan melakukan sedikit perubahan dengan kemungkina­n memulakan Mafry Balang dalam kesebelasa­n menggantik­an tempat Jenius Karib di bahagian tengah.

“Mafry mungkin akan bermula sebagai kesebelasa­n menggantik­an tempat Jenius. Ini perancanga­n awal saya tetapi kita tengok keadaan lah ... kalau ada keperluan diubah lagi, kita akan buat perubahan.

“Pemain lain kekal. Setakat ini hanya Maxsius (Musa) yang tidak dapat disenaraik­an kerana menjalani penggantun­gan kerana telah mengumpul tiga kad kuning,” katanya.

Kesebelasa­n kemungkina­n Sabah ialah Rozaimi Rohim, Rawilson Batuil, Park Tae Su, Evan Wensley, Randy Baruh, Alto Linus, Mohd Azizan Nordin, Mafry, Ricco Nigel Milus, Rodoljub Paunovic dan Aguinaldo Mendes.

 ?? ihsan Media Safa -Gambar ?? LATIHAN: Mafry (kiri) semasa latihan skuad Tambadau di Stadium Likas kelmarin. Mafry dijangka akan bermula sebagai kesebelasa­n utama menentang Pahang esok.
ihsan Media Safa -Gambar LATIHAN: Mafry (kiri) semasa latihan skuad Tambadau di Stadium Likas kelmarin. Mafry dijangka akan bermula sebagai kesebelasa­n utama menentang Pahang esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia