Utusan Borneo (Sabah)

Kelayakan SAGA lancar

-

KOTA KINABALU: Pertanding­an Kelayakan Sukan Sabah (SAGA) 2019 di enam zon seluruh negeri pada 13-18 Ogos lalu berjalan lancar.

Menteri Belia dan Sukan (KBS) Sabah Phoong Jin Zhe merakamkan penghargaa­n kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama dalam memastikan pertanding­an pertanding­an melibatkan lima jenis sukan itu berlangsun­g dengan sukses.

“Pertanding­an untuk semua pusingan kelayakan melibatkan sukan bola jaring, sepak takraw, bola sepak, bola tampar dan hoki berjaya diselesaik­an mengikut jadual.

“Terima kasih untuk semua khususnya para pegawai dan atlet daerah-daerah yang terlibat, para pengadil, para pegawai teknikal sukan serta para pegawai KBSS dan Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah yang telah bertungkus-lumus,” kata beliau.

Phoong berkata demikian semasa menyaksika­n perlawanan terakhir kelayakan bola sepak lelaki Zon Pantai Barat Selatan antara pasukan Kota K ina balu melawan Penampang di Padang A, Kompleks Sukan Kota Kinabalu di Likas pada Ahad.

Pertanding­an pusingan kelayakan yang berlangsun­g di Zon Pantai Barat Selatan (PB/S), Pantai Barat Utara (PB/U), Sandakan (SDK), Tawau (TWU), Pedalaman Atas (PA) dan Pedalaman Bawah (PB), melibatkan 27 pasukan daerah.

Lapan pasukan terbaik dipilih dengan dua pasukan dari PB/Selatan dan tuan rumah Pedalaman Atas, sambil satu pasukan mewakili PB/Utara, Sandakan, Tawau dan Pedalaman Bawah untuk bersaing di kejohanan sebenar SAGA Keningau 2019 yang akan berlangsun­g di Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan pada 7-13 Disember.

Pasukan-pasukan yang layak mengikut jenis sukan seperti berikut:

Bola Jaring: Kota Kinabalu dan Penampang (PB/S), Kota Belud (PB/U), Tongod (SDK), Lahad Datu (TWU), Tenom dan Keningau (PA), Sipitang (PB).

Sepak Takraw Berpasukan Lelaki: Papar dan Kota Kinabalu (PB/S), Kudat (PB/U), Beluran (SDK), Tawau (TWU), Keningau dan Tenom (PA), Sipitang (PB).

Sepak Takraw Berpasukan Wanita: Tiada Penyertaan (PB/S), Kudat (PB/U), Tongod (SDK), Tawau (TWU), Keningau dan Nabawan (PA), Sipitang (PB).

Sepak Takraw Regu Lelaki: Kota Kinabalu dan Papar (PB/S), Kota Belud (PB/U), Beluran (SDK), Semporna (TWU), Keningau dan Tenom (PA), Sipitang (PB).

Sepak Takraw Regu Wanita: Papar (PB/S), Kudat (PB/U), Beluran (SDK), Tawau (TWU), Keningau dan Nabawan (PA), Sipitang (PB).

Sepak Takraw Double Lelaki: Ranau dan Papar (PB/S), Kota Belud (PB/U), Beluran (SDK), Tawau (TWU), Keningau dan Nabawan (PA), Kuala Penyu (PB).

Sepak Takraw Double Wanita: Papar (PB/S), Kota Marudu (PB/U), Tongod (SDK), Tawau (TWU), Keningau dan Nabawan (PA), Sipitang (PB).

Bola Sepak Lelaki: Kota Kinabalu dan Ranau (PB/S), KotaBelud(PB/U),Sandakan (SDK), Tawau (TWU), Keningau dan Tenom (PA), Sipitang (PB).

Bola Sepak Wanita: Kota Kinabalu dan Tuaran (PB/ S), Kota Marudu (PB/U), Sandakan (SDK), Tawau (TWU), Tambunan dan Tenom (PA), Tiada Penyertaan (PB).

Bola Tampar Lelaki: Ranau dan Papar (PB/S), Kudat (PB/U), Kinabatang­an (SDK), Semporna (TWU), Keningau dan Tambunan (PA), Sipitang (PB).

Bola Tampar Wanita: Ranau dan Papar (PB/S), KotaBelud(PB/U),Sandakan (SDK), Kalabakan (TWU), Keningau dan Tenom (PA), Sipitang (PB).

Hoki Lelaki: Kota Kinabalu dan Papar (PB/S), Kota Belud (PB/U), Sandakan (SDK), Lahad Datu (TWU), Keningau dan Tenom (PA), Tiada Penyertaan (PB).

Hoki Wanita: Kota Kinabalu dan Tuaran (PB/ S), Kudat (PB/U), Telupid (SDK), Tawau (TWU), Keningau dan Tenom (PA), Beaufort (PB).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia