Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan negeri digesa bantu segerakan proses penukaran syarat nyata tanah

- Oleh Noor Asmawati Abdul Samad watie@mpob.gov.my

TAIPING: Semua kerajaan negeri diseru agar mempercepa­tkan urusan permohonan penukaran ubah syarat nyata status tanah lebih 30,000 pekebun sawit kecil di seluruh negara bagi memenuhi keperluan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sebelum 31 Disember 2019.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, semua pekebun sawit kecil persendiri­an perlu segera berdaftar dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Persijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) bagi membolehka­n agensi kerajaan terbabit mengenal pasti masalah permohonan ubah syarat status tanah mereka untuk dikumpulka­n.

Menurutnya, ketika ini kementeria­nnya sedang giat mengumpulk­an keseluruha­n senarai pekebun sawit kecil yang mempunyai masalah tanah secara kolektif bagi membolehka­n mereka dibantu secara sekali gus dengan kerjasama kerajaan negeri di seluruh negara.

“Berdasarka­n beberapa taklimat MSPO sebelum ini, kita menyedari kegusaran pekebun sawit kecil persendiri­an di mana kebanyakan kebun atau ladang tanaman sawit mereka berdepan masalah status tanah yang merupakan sebahagian syarat utama bagi mendapatka­n persijilan MSPO.

“Sekurang-kurangnya 30,000 hingga 40,000 golongan itu daripada keseluruha­n lebih 250,000 pekebun kecil di seluruh negara dikenal pasti berdepan dengan masalah tanah di mana di Perak sahaja melibatkan seramai 3,000 pekebun kecil persendiri­an.

“Sebenarnya isu ini memerlukan kerjasama kerajaan negeri dan saya dalam proses bertemu dengan kesemua menteri besar dan ketua menteri bagi meminta semua kerajaan negeri membantu mempercepa­tkan proses kelulusan permohonan ubah syarat nyata tanah dihadapi kesemua pekebun sawit ketika ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis taklimat MSPO di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Pemangku Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir, Ketua Pegawai Eksekutif MPOCC, Chew Jit Seng dan Ahli Parlimen Taiping, Teh Kok Lim.

Teresa berkata, selain masalah status tanah, pihaknya turut mengenal pasti terdapat penanam sawit yang memiliki keluasan kebun atau ladang lebih 100 ekar di negara ini, namun tidak dapat dikesan MPOB kerana tidak berdaftar dengan agensi itu.

“Saya menyeru kepada semua pekebun dan pemilik tanaman sawit di negara ini untuk tampil segera berdaftar dengan MPOB dan MPOCC bagi mempersiji­l tanaman sawit masing-masing ke arah mencapai status minyak sawit 100 peratus mampan.

“Sebenarnya MPOCC juga menerima permohonan pensijilan MSPO dibuat pengusaha sawit yang sedang dalam urusan permohonan ubah syarat nyata tanah tanpa perlumenun­ggupermoho­nan itu diluluskan.

“Paling penting kerajaan hendak tunjukkan kepada dunia betapa seriusnya usaha negara dalam memastikan produk minyak sawit keluaran negara 100 peratus mampan, sekali gus diterima pakai di seluruh dunia tanpa sebarang keraguan,” katanya.

 ??  ?? TERESA Kok bersama pekebun kecil sawit yang menerima sijil MSPO di Taiping, Perak.
TERESA Kok bersama pekebun kecil sawit yang menerima sijil MSPO di Taiping, Perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia