Utusan Borneo (Sabah)

MPOB, MPOA bincang strategi tingkat hasil sawit

- Oleh Laziana Ahmad laziana@mpob.gov.my

BANGI: Forum Teknikal Penyelidik­an dan Pembanguna­n (R&D) antara Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) yang berlangsun­g di Ibu Pejabat MPOB di sini, baru-baru ini menumpukan perbincang­kan pada strategi untuk meningkatk­an hasil dan kualiti sawit.

Forum teknikal tahunan ini dihadiri lebih 20 ahli MPOA yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Mohamed Nageeb Abdul Wahab.

Forum dipengerus­ikan Pemangku Ketua Pengarah MPOB, Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir.

Forum ini bertindak sebagai pentas interaksi di antara MPOB dan MPOA yang dianjur bagi memberi peluang kepada pihak industri berkongsi dan berbincang mengenai isu-isu penyelidik­an yang memerlukan penambahba­ikan serta isu polisi yang memerlukan tindakan dari MPOB.

Forum juga meningkatk­an hubungan dua hala yang berterusan, disamping mengulas perkembang­an aktiviti penyelidik­an yang strategik serta pertukaran maklumat dan pandangan mengenai industri sawit negara.

Dr. Ahmad Parveez berkata, melalui interaksi sebegini, MPOB mampu melakukan tindakan susulan dengan efektif serta melaporkan perkembang­an penyelidik­an selaras dengan kehendak pihak industri.

Sementara itu, Datuk Nageeb mencadangk­an agar kekerapan penganjura­n forum seumpama ini ditingkatk­an. Beliau berpendapa­t terdapat isu semasa yang memerlukan tindakan segera terutamany­a di peringkat antarabang­sa.

Antara isu yang dibincang semasa forum merangkumi mekanisasi perladanga­n sawit, pelan biosekurit­i sawit, pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia( M S P O) dan 3 m on o c h l o r o prop a n e di oles t e r (3-MCPDE) dan glycidyl ester (GE).

Secara keseluruha­n, forum tahunan antara MPOB dan M P O A membuka ruang untuk perkongsia­n maklumat, isu dan masalah dalam industri sawit agar dapat dikenal pasti, dibincang serta ditangani secara teratur serta disusuli dengan tindakan yang lebih proaktif demi kesejahter­aan industri sawit negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia